Sebuah kapal dagang dikesan bersauh di kawasan laluan utama kapal dagang yang mengundang bahaya kepada kapal-kapal melalui kawasan tersebut di selatan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi, di sini.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata kapal tangki dengan tanda nama MT VIET TIN 01 berdaftar di Vietnam dikesan berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan lebih kurang 4.6 batu nautika selatan Tanjung Penyusop.
Katanya, atas faktor keselamatan dan keadaan cuaca tidak mengizinkan, khidmat Pasukan Tindakan Khas (PTK) digunakan bagi melakukan pemeriksaan dengan kaedah fast roping sekitar jam 9 pagi tadi.
“Sebelum pemeriksaan itu dilakukan, aset kapal dan bot dari Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) yang
ditugaskan ke lokasi telah cuba menghubungi kapal tangki tersebut melalui panggilan radio dan pembesar suara, namun tiada maklum balas yang diterima dan kapal tersebut disyaki telah ditinggalkan.
"Semakan turut dilakukan dengan pihak Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dan Jabatan Laut Malaysia dan mendapati tiada rekod mengenai kapal tangki tersebut serta pemilik kapal sedang dikesan.
"Bagi memastikan keselamatan kapal-kapal lain yang melalui kawasan tersebut, difahamkan bahawa pihak Jabatan Laut telah mengeluarkan maklumat keselamatan pelayaran secara berterusan kepada kapal-kapal yang melalui kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Aminuddin, hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat seorang kru lelaki warga Vietnam berusia 61 tahun di atas kapal tangki tersebut yang menyatakan dirinya merupakan ketua jurutera kapal.
Katanya, lelaki itu memaklumkan bahawa kapal telah hanyut dari posisi asal kapal bersauh dan sebelum daripada itu, kesemua kru termasuk nakhoda telah turun pulang ke negara masing-masing dan pengganti mereka dijangka akan menaiki kapal pada minggu hadapan.
"Maritim Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia sedang mengusahakan pemindahan kapal tangki tersebut ke lokasi yang selamat.
"Kapal tangki bersama ketua jurutera tersebut ditahan bagi siasatan lanjut," katanya.
Aminuddin menegaskan, Maritim Malaysia sentiasa bersedia mengawasi keselamatan dan kesejahteraan perairan selat Melaka yang menjadi tumpuan laluan kapal-kapal dagang seluruh dunia khususnya dan seluruh perairan negara amnya pada sebilang masa tidak kira samada ketika cuaca buruk sekalipun.
Orang ramai terutama para pengguna perairan Johor yang berdepan situasi kecemasan dinasihatkan supaya segera menghubungi talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Negeri Johor (07-219 9404) atau talian kecemasan MERS 999 agar tindakan segera dapat diambil oleh Maritim Malaysia.
Selain itu, Maritim Malaysia turut menasihatkan agar segala faktor keselamatan sentiasa dititikberatkan oleh komuniti maritim terutamanya pada musim tengkujuh ini.
Siti Nur Aqilla Omar
Sun Dec 08 2019
Gambar dari sumber APMM menunjukkan rupa kapal dagang dari Vietnam yang dilaporkan berlabuh tanpa kebenaran di perairan Kota Tinggi. - Foto APMM
Gaza dibom, 26 rakyat Palestin terbunuh
Tindakan ini berlaku sehari selepas Israel dan Hezbollah, yang disokong Iran, memulakan gencatan senjata di Lubnan.
Penasihat kanan tentera Iran maut dalam pertempuran di Syria
Seorang penasihat kanan ketenteraan Iran dilaporkan terbunuh di Aleppo, Syria.
Menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA), mangsa yang juga komander Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) itu maut di tangan pengganas takfiri Zionis.
Menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA), mangsa yang juga komander Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) itu maut di tangan pengganas takfiri Zionis.
Peranan IIM terus diperkukuh, bantu perkemas tatakelola baik - KSN
Usaha itu selaras dengan matlamat Kerajaan MADANI yang berhasrat menjadikan Malaysia sebuah negara berintegriti tinggi selain dihormati di peringkat global.
Parlimen Lubnan akan pilih presiden pada Januari
Speaker Parlimen Lubnan Nabih Berri menetapkan 9 Januari sebagai tarikh sesi bagi ahli parlimen memilih presiden baharu negara itu.
Keputusan itu menyusul lebih dua tahun selepas penggal presiden sebelumnya tamat.
Keputusan itu menyusul lebih dua tahun selepas penggal presiden sebelumnya tamat.
Israel-Hezbollah bertukar tuduhan pelanggaran gencatan
Tentera Israel dan Hezbollah saling menuduh melanggar gencatan senjata yang dimeterai untuk menghentikan konflik selama lebih setahun.
Tentera Israel melaporkan serangan udara ke atas kemudahan Hezbollah yang dipercayai menyimpan roket jarak sederhana di selatan Lubnan.
Tentera Israel melaporkan serangan udara ke atas kemudahan Hezbollah yang dipercayai menyimpan roket jarak sederhana di selatan Lubnan.
Sekatan bantuan ke Gaza oleh Israel ancam 75,000 penduduk
Israel dilaporkan menolak 82 daripada 91 permohonan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza Utara dari awal Oktober hingga 25 November.
Menurut sebuah hantaran di X, Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Israel turut menghalang sembilan percubaan lain untuk membawa bekalan kemanusiaan ke wilayah tersebut.
Menurut sebuah hantaran di X, Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Israel turut menghalang sembilan percubaan lain untuk membawa bekalan kemanusiaan ke wilayah tersebut.
Australia larang kanak-kanak gunakan media sosial
Dalam keputusan bersejarah, Senat Australia pada Khamis meluluskan undang-undang yang melarang kanak-kanak dan remaja daripada menggunakan media sosial.
Keputusan itu sekaligus menjadikannya negara pertama di dunia mengambil langkah sedemikian.
Keputusan itu sekaligus menjadikannya negara pertama di dunia mengambil langkah sedemikian.
Penjawat awam perlu ada jiwa integriti, jangan mudah terjebak dalam kancah rasuah - KSN
Setiap individu terutama penjawat awam perlu amanah dalam setiap tindakan agar tidak terjebak dalam kancah rasuah dan salah guna kuasa.
Gaza dibom, 26 rakyat Palestin terbunuh
Serangan udara Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 26 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza pada Khamis, menurut pegawai perubatan.
Serangan itu semakin meningkat di kawasan tengah Gaza, manakala kereta kebal mara lebih jauh ke kawasan utara dan selatan wilayah tersebut.
Serangan itu semakin meningkat di kawasan tengah Gaza, manakala kereta kebal mara lebih jauh ke kawasan utara dan selatan wilayah tersebut.
Undang-undang dua parti perlu digubal, jamin kestabilan - Tun M
Parlimen digesa menggubal undang-undang yang hanya membenarkan dua parti bagi mengelakkan ketidakstabilan politik berulang pada pilhan raya umum (PRU) lalu yang membawa kepada Parlimen tergantung.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Indonesia-Malaysia bekerjasama hantar pulang nelayan yang ditahan
Nelayan itu ditahan pada Sabtu, kira-kira 49 batu nautika di luar pantai Tanjung Payung, selepas memasuki perairan wilayah Malaysia.
Tujuh nelayan ditahan positif dadah
Menghilangkan tekanan ketika berada di laut dan untuk menambah tenaga ketika bekerja antara alasan diberi tujuh nelayan yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di Jeti LKIM, Besut.
Peruntukan RM675 juta bakal perkukuh keupayaan APMM pantau keselamatan negara
Peruntukan RM675 juta kepada APMM menerusi Belanjawan 2025 bakal memperkukuhkan lagi keupayaan agensi itu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.
APMM gagalkan cubaan seludup satu tan daun ketum
APMM Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira satu tan daun ketum bernilai RM50,000 di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut muara Kuala Sanglang, Kuala Perlis.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Bernama serah sumbangan kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar
Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin di kediaman Allahyarham.
APMM ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
APMM dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, Allahyarham yang berusia 36 tahun merupakan Pegawai Pasukan Sukarelawan agensi itu.
Lelaki jatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam selepas dipercayai terjatuh dari bot, ditemukan lemas di perairan Tanjung Piandang, Kerian, hari ini.
Maritim Selangor tahan kapal pasir berlabuh tanpa kebenaran
Menurut APMM, pemeriksaan mendapati kapal berkenaan dikendalikan lapan individu lelaki warga asing berumur antara 30 hingga 65 tahun.