Malaysia akan mendapatkan penjelasan dari China dan Amerika Syarikat mengenai kehadiran kapal perang mereka di Kepulauan Spratly semasa Pemukiman Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Campur ke-3, yang bermula di Subang esok.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau percaya perkembangan terkini mengenai isu itu akan diberi taklimat oleh rakan sejawatannya, Jeneral Chang Wanquan dari China dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Dr Ashton Carter, semasa mesyuarat berkenaan.
"Saya percaya akan ada perbincangan dan rundingan antara China dan Amerika Syarikat. Saya berharap diberi taklimat mengenai perkembangan terkini jika ia benar-benar melibatkan pergerakan aset antara kedua-dua pihak.
"Sukar bagi saya menyatakan sesuatu sekarang, saya tidak pasti mengenai perkembangan terkini tentang isu tersebut," katanya pada sidang media selepas tinjauan akhir persiapan bagi Pemukiman ADMM dan ADMM-Campur, dari 3 hingga 5 Nov, di Subang hari ini.
Kontroversi itu dilaporkan tertumpu kepada satu jalur wilayah di Laut China Selatan yang mengandungi Kepulauan Spratly, dan pegawai China mengutuk kehadiran kapal perang Amerika Syarikat yang belayar dekat kepulauan itu, baru-baru ini.
Kepada satu soalan berkaitan cabaran Amerika Syarikat itu ke atas China berhubung kepulauan yang dipertikaikan tersebut, Hishammuddin berkata beliau hanya menyambut baik sebarang tindakan yang tidak menjejaskan kestabilan rantau berkenaan.
China, Taiwan dan negara-negara ASEAN - Filipina, Malaysia, Vietnam dan Brunei, terlibat dalam tuntutan bertindih mengenai pemilikan dan penguasaan kepulauan itu di Laut China Selatan, yang kaya dengan sumber, dalam konflik yang berlarutan selama beberapa dekad.
Hishammuddin berkata 10 negara anggota ASEAN harus bersatu sebagai satu blok.
"Ini sesuatu yang saya akan menjalankan tanggungjawab selagi saya mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN," katanya.
Hishammuddin berkata negara-negara ASEAN sedang memantau dengan teliti pergolakan di dunia terutama di Syria, Ukraine, Iraq, Timur Tengah dan lain-lain negara.
ADMM ialah mekanisme tertinggi perbincangan dan kerjasama pertahanan dalam ASEAN mengenai perkara-perkara berkaitan pertahanan.
Ia bertujuan memupuk kepercayaan bersama dan keyakinan melalui peningkatan pemahaman mengenai cabaran pertahanan dan keselamatan serta meningkatkan ketelusan dan keterbukaan.
ASEAN dianggotai 10 negara iaitu Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam manakala lapan rakan dialog dalam ASEAN Campur ialah Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat.
Mesyuarat ADMM-Campur berkisar kepada 'ASEAN - Mengekalkan Keselamatan dan Kestabilan Serantau untuk dan oleh Rakyat'.
Bernama
Tue Nov 03 2015

Kontroversi itu dilaporkan tertumpu kepada satu jalur wilayah di Laut China Selatan yang mengandungi Kepulauan Spratly, dan pegawai China mengutuk kehadiran kapal perang Amerika Syarikat yang belayar dekat kepulauan itu, baru-baru ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Serangan udara AS bunuh tiga pemimpin kanan Daish
Dua daripada mereka terlibat dalam serangan keganasan di Paris pada 2015.

Malaysia terus tingkatkan hubungan pertahanan yang kukuh dengan Amerika, China - Hishammuddin
Malaysia telah mengesahkan meneruskan hubungan pertahanan yang kukuh dengan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat (Amerika) dan China.

Hishammuddin dijadual sertai Setiausaha Pertahanan AS naiki kapal perang AS
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijadual menyertai Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Ashton Carter dalam pelayaran menaiki kapal perang USS Theodore Roosevelt di Laut China Selatan esok.