Operasi mencari dan menyelamat (SAR) jurutera warga Australia, Gaskell Andrew James, 26, yang hilang di Taman Negara Mulu sejak 20 Okt lalu diteruskan hari ini dengan memperluas kawasan pencarian dan bilangan anggota.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, Zulbada Alior berkata operasi yang masuk hari ketiga hari ini ditambah kepada 34 orang berbanding 22 orang semalam.
"Lokasi pencarian kini meliputi Lagang Cave, Moon Milk Cave, Stonehorse Cave dan Mulu Summit," katanya.
Pencarian hari ini turut disertai oleh bapa saudara mangsa, Brian Giles.
Sementara itu, operasi hari ini turut mengekalkan pencarian mengikut kumpulan iaitu pecahan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan satu terdiri daripada 10 orang yang lokasi pencarian mereka adalah di kawasan Lagang Cave dan Moon Milk Cave.
Manakala untuk kumpulan kedua pula terdiri daripada lapan orang yang mencari di kawasan Stonehorse Cave yang memakan masa perjalanan selama 40 minit dari pejabat pengurusan Taman Negara Mulu.
Manakala untuk kumpulan SAR ketiga pula, ini terdiri daripada 6 orang ahli akan mencari di kawasan Summit Mulu yang terletak 24 kilometer dari pusat operasi di pejabat pengurusan Taman Negara Mulu.
Kumpulan SAR ketiga telah bergerak pada jam 11 pagi tadi bermula di pejabat SFC Mulu menuju ke Camp 1, Camp 2, Camp 3 dan Camp 4 seterusnya terus ke Summit Mulu menggunakan jalan darat.
Laporan kehilangan dibuat rakan mangsa, Kalang Anak Baling di Balai Polis Pusat Miri.
Mesej terakhir daripada mangsa yang diterima pada 20 Oktober lalu, memaklumkan bahawa mangsa akan pulang pada keesokan harinya, iaitu Sabtu lalu.
Namun sejak itu mangsa tidak dapat dihubungi.
Astro Awani
Sat Oct 29 2016
Gaskell Andrew James, 26 hilang di Taman Negara Mulu sejak 20 Okt lalu. - Foto JBPM
14,396 pengguna di Malaysia guna '123456' sebagai kata laluan
Data ini adalah untuk pengguna dari 44 negara dan dikumpul dari sumber yang terbuka kepada awam dan juga dalam dark web tanpa melibatkan data peribadi atau pembelian data.
Polis Sepanyol tahan, geledah rumah pegawai kanannya
Seorang pegawai kanan polis di Sepanyol ditahan selepas pihak polis menemui 20 juta Euro (RM94.5 juta) ditemukan tersembunyi di dalam dinding rumahnya.
Menurut media antarabangsa, serbuan dilakukan polis sepanyol baru-baru ini ke atas rumah Oscar Sanchez Gil yang merupakan ketua bahagian penipuan dan antipengubahan wang haram pasukan polis negara Sepanyol di Madrid itu turut menyaksikan penanahan kekasihnya serta 15 lagi individu.
Menurut media antarabangsa, serbuan dilakukan polis sepanyol baru-baru ini ke atas rumah Oscar Sanchez Gil yang merupakan ketua bahagian penipuan dan antipengubahan wang haram pasukan polis negara Sepanyol di Madrid itu turut menyaksikan penanahan kekasihnya serta 15 lagi individu.
Guardian tinggalkan platform X
Media berita British, Guardian, mengumumkan pada Rabu bahawa mereka tidak lagi akan memuat naik di platform media sosial X.
Keputusan ini diambil susulan kandungan di platform tersebut didakwa melibatkan isu perkauman dan teori konspirasi.
Keputusan ini diambil susulan kandungan di platform tersebut didakwa melibatkan isu perkauman dan teori konspirasi.
Notre-Dame dibuka semula 7 Dis, lima tahun selepas kebakaran
Katedral Notre-Dame di Paris akan dibuka semula pada 7 Dis, lima tahun selepas kebakaran dahsyat yang menarik perhatian dunia.
Pelajar Korea Selatan duduki peperiksaan tahunan
Lebih 500,000 pelajar Korea Selatan menduduki peperiksaan kemasukan universiti tahunan, ujian yang sangat mencabar dan menentukan hala tuju pelajar sekolah menengah mengikut sistem pendidikan di negara itu.
Pemilik Warung Pok Nong Celup Tepung meninggal dunia
Pok Nong rebah dan hampir pengsan ketika menghadiri majlis konvokesyen anaknya di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Gong Badak, Kuala Nerus, jam 2 petang pada Selasa lalu.
Inovasi sistem pemakanan ikan mudahkan pengurusan akuakultur
Inovasi sistem pemakanan automatik pintar berpusat untuk industri akuakultur ikan keli (s-SSBA) dijangka bakal menjadi 'game changer' bagi penternak ikan tempatan.
Menurut Ketua Penyelidik PPRN 2.0 dan Pensyarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Izhar Ahmad, inovasi hasil cetusan idea PTSB tersebut berupaya meningkatkan produktiviti dan memudahkan pengurusan akuakultur secara keseluruhan.
Menurut Ketua Penyelidik PPRN 2.0 dan Pensyarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Izhar Ahmad, inovasi hasil cetusan idea PTSB tersebut berupaya meningkatkan produktiviti dan memudahkan pengurusan akuakultur secara keseluruhan.
Pengedar dadah ditangkap miliki dua kerakyatan
Ketua Polis Daerah Narathiwat, Pratya Baiteh mendedahkan segelintir pengedaran dadah yang berjaya ditahan di lokasi di selatan Thailand termasuk di sempadan Sungai Golok dan Takbai didapati memiliki dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand.
Liga Super: Penang FC umum Wan Rohaimi sebagai ketua jurulatih baru
Penang FC mengumumkan pelantikan Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai ketua jurulatih skuad senior mereka dalam saingan Liga Super.
Sindiket guna minyak masak paket sebagai minyak terpakai tumpas
Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata objektif sindiket yang ditumpaskan KDPN menggunakan minyak masak paket bersubsidi adalah untuk dijual sebagai minyak terpakai yang lebih menguntungkan.
"Inilah yang menyumbang kepada isu yang berbangkit sekian lama iaitu ketiadaan minyak masak di pasaran," katanya.
"Inilah yang menyumbang kepada isu yang berbangkit sekian lama iaitu ketiadaan minyak masak di pasaran," katanya.
Kawasan pencarian jurutera Australia hilang di Taman Negara Mulu diperluas
Operasi yang masuk hari ketiga hari ini ditambah kepada 34 orang berbanding 22 orang semalam.