Kerja-kerja pembersihan kawasan tercemar di Sungai Kim Kim, di sini yang dicemari bahan buangan kimia berbahaya telah pun selesai.
Selepas empat hari, proses itu kini di peringkat pemantauan pula.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata 1.5 kilometer sungai tercemar itu telah dibersihkan.
Hari ini proses pemantauan berjalan melibatkan 30 pasukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kimia di 30 sekolah yang lingkungan jarak antara lima hingga sembilan kilometer dari sumber tercemar.
“Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kimia Malaysia akan digerakkan bagi memeriksa kualiti udara di 30 sekolah dalam radius antara lima hingga sembilan kilometer dari Sungai Kim Kim, hari ini.
“Sebanyak 30 kumpulan akan dihantar ke 30 sekolah terbabit berbekalkan alat pengesan gas bagi memantau kualiti udara, selain mengesan sama ada wujud kehadiran gas berbahaya di situ.
“Laporan penuh kualiti udara di lokasi yang dipantau akan diumumkan esok,” katanya selepas melihat persiapan anggota JAS di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah, Pasir Gudang hari ini.
Jelas Bee Yin lagi, alat pengesan udara itu akan mengesan lima parameter kualiti udara seperti oksigen, karbon monoksida.
Sejumlah 250 beg jumbo berisi tanah dan bahan enap cemar serta 350 metrik tan air tercemar telah dikumpulkan dalam operasi yang bermula sejak 13 Mac lalu itu.
Ia akan dilupuskan ke kilang yang telah dilesenkan jabatan alam sekitar.
Astro Awani
Sun Mar 17 2019

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata 1.5 kilometer sungai tercemar itu telah dibersihkan. - Gambar fail/BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

PM akan hantar surat kepada Presiden Jokowi berkenaan jerebu
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghantar surat kepada Presiden Indonesia Joko Widodo secepat mungkin berhubung isu jerebu rentas sempadan.

Kawasan tercemar Sungai Kim Kim sudah selesai dibersihkan
Kerja-kerja pembersihan kawasan tercemar di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang di sini yang dicemari bahan buangan kimia berbahaya telah pun selesai.

Yeo Bee Yin diiktiraf jurnal sains terkemuka dunia
Usahanya Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklimke arah peng gunaan tenaga boleh perbaharui dan perang terhadap pencemaran plastik diiktiraf jurnal berusia 149 tahun itu.