Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil langkah proaktif untuk merungkai permasalahan melibatkan permohonan kewarganegaraan khususnya kes kanak-kanak tanpa dokumen di negara ini.
Menteri berkenaan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara itu telah ditambah baik dengan pemohon tidak perlu menunggu terlalu lama berbanding sebelum ini.
Beliau berkata penambahbaikan SOP berhubung pemberian kewarganegaraan, khususnya di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan menyaksikan proses kelulusan terutama melibatkan anak angkat atau pengangkatan dipercepat di bawah tempoh setahun.
"Dahulu, ada yang mengadu tempoh pemprosesan mengambil masa terlalu lama sehingga ada yang mencapai 10 tahun, dan untuk itu kita akan guna SOP baharu untuk selesaikan isu tersebut.
"Kalau kanak-kanak yang lahir itu kekal tanpa dokumen yang sah, ia menimbulkan banyak masalah. Ini yang kita akan cuba selesaikan," katanya dalam temu bual dengan Bernama.
Bagi permohonan di bawah Perkara 15A, SOP baharu menggariskan beberapa langkah dalam memastikan setiap permohonan kewarganegaraan dapat dipertimbang secara lebih teliti, adil dan cepat antaranya garis panduan yang lebih jelas dalam pengendalian dan pertimbangan permohonan.
Antara lain, pengemaskinian SOP yang melalui proses kajian sejak April lepas itu mengandungi mekanisme pemakluman kepada pemohon berkaitan sebab permohonan kewarganegaraan ditolak dan tempoh pemprosesan permohonan yang sebelum ini tidak dimaklumkan.
Justeru, bermula tahun hadapan, tempoh permohonan kewarganegaraan yang diterima bagi individu di bawah 21 tahun akan melalui proses lebih efisien iaitu tiga bulan 14 hari di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan lapan bulan di KDN.
Muhyiddin berkata dengan SOP baharu yang diluluskan itu, JPN dan KDN kini boleh melaksanakan tugas dengan lebih jelas dan menyegerakan setiap proses berdasarkan kewajaran, berbanding sebelum ini ada kes yang pemohon perlu menunggu sehingga 10 tahun.
Untuk rekod, dalam tempoh lima tahun antara 2013 hingga 2018, JPN merekodkan permohonan kewarganegaraan sebanyak 111,142 dengan 26,222 permohonan ditolak manakala 54,222 masih dalam proses dengan 27,835 adalah permohonan mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan kanak-kanak tanpa kerakyatan.
Muhyiddin berkata bagi memastikan isu itu diselesaikan sebagaimana terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) khususnya berkaitan kanak-kanak tanpa dokumen, KDN telah menubuhkan pasukan petugas khas yang diberi tanggungjawab menyegerakan dan menyelesaikan semua perkara berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan.
Beliau berkata pasukan petugas khas diketuai timbalan ketua setiausaha KDN itu dijangka dapat menyelesaikan sebahagian besar daripada isu tersebut menjelang akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.
Katanya lebih daripada 27,000 kes yang tertangguh dijangka dapat dikendalikan dan diselesaikan oleh pasukan petugas khas itu.
"Jangan salah faham ia sebagai mempermudahkan orang asing mendapat kewarganegaraan kerana jika pemohon dan permohonan itu layak dari segi Perlembagaan negara seperti kes anak angkat, ia tidak harus dilengahkan sehingga mengambil masa lebih lima tahun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 28 2019

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara itu telah ditambah baik dengan pemohon tidak perlu menunggu terlalu lama berbanding sebelum ini. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

Tiga tebusan Israel berada dalam keadaan stabil - Pengarah Hospital
Tiga tebusan telah bertemu semula dengan keluarga masing-masing manakala pemeriksaan kesihatan akan mengambil masa beberapa hari.

Dua lelaki mengaku salah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak
Dua lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam komputer masing-masing.

107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Amalan 'sharenting' buka ruang jenayah dalam talian libatkan kanak-kanak - Fahmi
Amalan 'sharenting' atau amalan menunjuk-nunjuk perkara berkaitan anak-anak oleh segelintir ibu bapa, membuka ruang kepada jenayah dalam talian.

Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.

FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.

Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka
Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.

Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.