Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mewartakan perintah larangan terhadap 19 penerbitan.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata kesemua penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, mungkin mengemparkan fikiran orang ramai, mungkin memudaratkan kemoralan, mungkin memudaratkan kepentingan awam dan mungkin memudaratkan keselamatan negara.
Katanya terdapat 13 penerbitan yang didapati mengandungi unsur seks yang tidak bersesuaian dengan kehidupan rakyat Malaysia.
Tajuk-tajuk penerbitan tersebut adalah ‘Revenge of the Sarong Party Girl’, ‘Fifty Shades of Bliss: The Ultimate Guide of Spicing Up Your Sex Life, Maxim (Vol 18, No 9 November 2014) (USA Edition), Maxim (Vol 18, No 5 Jun 2014) (USA Edition), Pop Psychedelic, Only Two Can Play, Black Men Special Edition, The Loving Touch, The Book of Loving Sex, Kamasutra & Kecerdasan Seks Modern, Nikmatnya Melayari Bahtera Malam Pertama, Pelacur Kelas Pertama dan Nazi Goreng.
Beliau berkata tiga penerbitan lain yang turut diwartakan perintah larangan pula didapati mengandungi fakta yang mengelirukan dan bertentangan dengan ajaran dan akidah Islam yang sebenar mengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ditetapkan di negara ini.
Tajuk-tajuk penerbitan tersebut adalah ‘Bila Anak-anak Bertanya Tentang Islam dan Alam Ghaib Inilah Jawapannya..’, Tafsir Al-Usyr Al-Akhir dari Al-Quran Al-Karim Juz (28,29,30) Disertai Hukum-Hukum Penting Bagi Seorang Muslim dan Gospel of Ali (Penghargaan Islam atas Yesus).
Turut menerima warta perintah larangan adalah tiga penerbitan yang mempunyai unsur-unsur mempromosikan perjuangan komunis dan Daulah Islamiyyah.
Tajuk-tajuk penerbitan itu itu adalah “Hidup Bagaikan Sungai mengalir (Kisah 16 oeang Wanita dalam Gerakan Anti-Jepun, Anti Penjajah dan Kemerdekaan di Malaysia-Singapura 1938-1989) dan Manifesto Komunis.
Manakala Al-Fatihin: Surat Kabar bagi Muhajirin Berbahasa melayu di Daulah Islamiyyah diperintahkan kerana mengandungi unsur doktrin radikal agama dan ekstrimis.
“Warta Perintah larangan ini adalah mengikut Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301). Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.
“Secara keseluruhan, kesemua penerbitan yang diterbitkan di dalam negara dan luar negara tersebut dilihat boleh memudaratkan atau mengelirukan pembaca terutamanya generasi muda di mana ianya tidak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum.
“Sehubungan dengan itu, mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melalukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 8 (2) Akta 301 tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media.
Astro Awani
Thu Mar 30 2017

Alwi berkata kesemua penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam. -Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

KDN warta perintah larangan terhadap 19 penerbitan
Alwi berkata kesemua penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam.