INDUSTRI padi Malaysia tidak banyak berubah dan masih berada dalam keadaan sama sejak tahun 70-an dan 80-an.
Ketua Pegawai Operasi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Nurfitri Amir Muhammad mendedahkan, menurut hasil kajian beliau majoriti pesawah di Malaysia masih berada bawah garis kemiskinan, menerima pendapatan bulanan antata RM500 dan RM700 sebulan.
“Majoriti pesawah di Malaysia masih miskin dengan purata hasil 4.8 tan sehektar dan purata saiz sawah 1.26 hektar,” jelasnya kepada Astro AWANI.
Tambahnya, daripada 100 tan padi yang dituai diproses dikilang, secara purata hanya 64 tan sahaja dapat ditukar kepada beras menyebabkan kadar produktiviti industri padi kekal rendah.
“Lebih mengecewakan, rata-rata pesawah tergolong dalam kategori bekerja sendiri, menyebabkan mereka tidak akan menerima manfaat gaji minimum yang dijanjikan oleh parti-parti bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” tambahnya.
Oleh itu, beliau turut berharap mana-mana parti yang dapat membentuk kerajaan dapat menyelesaikan lima perkara pokok yang membelenggu pendapatan pesawah di Malaysia.
1. Ketika ini, pengilang membayar harga tetap RM1,200 bagi satu tan padi. Walaupun ditambah RM300 satu tan sebagai subsidi penghasilan harga padi, ia masih tidak dapat menyamai jumlah gaji minimum yang dicadangkan iaitu RM1,500 sebulan sekiranya pesawah tidak mempunyai sawah yang luas. Ia diburukkan lagi dengan potongan pemutuan oleh kilang-kilang beras yang tinggi antara 20 peratus hingga 50 peratus daripada berat hasil tuaian.
2. Kos bersawah yang semakin meningkat melibatkan kos benih, racun, upah bajak, upah racun, kos khidmat jentera menuai. Bagi yang menyewa sawah, harga sewa juga naik sehingga dua kali ganda sejak beberapa tahun lalu.
3. Kualiti benih yang semakin merosot terutamanya apabila benih yang popular dan cukup berkesan sebelum ini kini sudah mudah diserang penyakit.
4. Orang tengah yang telah memberi pinjaman modal bersawah menyebabkan pesawah terdedah kepada risiko eksploitasi atau penipuan. Banyak pesawah hidup dalam keadaan sentiasa berhutang dan mewariskan hutang.
5. Berlaku lambakan beras import di Malaysia menyebabkan jualan beras tempatan terjejas. Laporan menyebut terdapat 200,000 tan beras asing diseludup masuk ke negara ini setiap tahun.
Ahmad Khairol Shafizan Johari
Tue May 01 2018

Majoriti pesawah di Malaysia masih miskin dengan purata hasil 4.8 tan sehektar dan purata saiz sawah 1.26 hektar. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Kerajaan digesa lanjutkan bantuan ERP sehingga hujung tahun
Kerajaan digesa untuk melanjutkan bantuan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini bagi membantu majikan dan pekerja yang terkesan dengan penularan COVID-19.

Rakyat Malaysia gusar hanya 20 peratus pekerja dapat bantuan - MTEM
Laporan LAKSANA yang mendedahkan hanya 20 peratus daripada keseluruhan pekerja mendapat bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, mengundang kegusaran rakyat Malaysia.

Kerajaan PH dicabar lebih berani bantu Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman berkata, konsep meritokrasi dalam membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana disifatkan sebagai tidak adil.

Ke mana hala tuju industri padi pasca PRU14?
Daripada 100 tan padi yang dituai diproses di kilang, secara purata hanya 64 tan sahaja dapat ditukar kepada beras menyebabkan kadar produktiviti industri padi kekal rendah.

Wujudkan undang-undang anti-diskriminasi dalam sektor pekerjaan
Kerajaan wajar mewujudkan peruntukan undang-undang anti-diskriminasi bagi sektor pekerjaan dalam negara.

MTEM usul cadangan atasi kejatuhan nilai Ringgit
Antara cadangan yang diusulkan MTEM adalah memperbaiki isu urus tadbir negara dan menyelesaikan isu-isu negatif yang melanda negara.

Surat terbuka MTEM untuk Presiden Obama
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu memberikan pandangan tentang kebimbangan majlis itu berhubung perjanjian Perkongsian Trans Pasifik ( TPPA ).

Cadangan SPRM jadi badan bebas disokong
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyokong cadangan untuk menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai badan bebas seperti Suruhanjaya Pilihan Raya.