Generasi hari ini dan rakyat umumnya perlu sedar bahawa keamanan negara tidak wajar diperjudikan ke tangan pembangkang, tetapi ia sesuatu yang penting untuk sentiasa diperjuangkan serta dipertahankan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata generasi baharu perlu sentiasa ingat bahawa pembangkang akan terus memomokkan tentang kononnya keamanan serta kesejahteraan yang dinikmati hari ini tetap kekal jika negara bertukar kepada kerajaan ditadbir pembangkang.
"Mereka (pembangkang) tugasnya memang untuk memperburukkan serta mempolitikkan setiap usaha kerajaan untuk rakyat. Sebab itu pembangkang akan berkata apa sahaja sesuka hati mereka dengan segala macam isu untuk mencuri perhatian rakyat agar yakin dengan kepimpinan mereka.
"Antara yang sering dipolemikkan ialah kenaikan harga barangan yang membebankan rakyat sedangkan hakikatnya tidak ada sebuah negara di dunia ini yang kos sara hidupnya semakin berkurang terutamanya dalam menuju status negara maju," katanya.
Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian semasa berucap merasmikanPersidangan Perwakilan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Arau, di Dewan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh di sini pada Ahad.
Abdul Rahman berkata pembangkang juga tidak berupaya berbuat sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat, sedangkan kerajaan jelas bekerja untuk membantu meningkatkan pendapatan rakyat untuk diseimbangkan dengan peningkatan kos sara hidup.
"Jika pendapatan masyarakat bertambah kos sara hidup bukanlah pokok utama kerana kerajaan akan memastikan rakyat terus mampu berbelanja.
"Malah kalau pembangkang politikkan beberapa isu rakyat yang susah serta tidak dibela, saya ingatkan mereka yang kerajaan juga boleh sebut dan senaraikan ratusan malah ribuan nasib rakyat yang telah berjaya dibantu," katanya yang juga Pengarah Komunikasi Strategik BN.
Mengenai tomahan terhadap ekonomi bumiputera yang semakin tenat, Abdul Rahman berkata pembangkang tidak pernah membuktikan setiap dakwaan mereka, tetapi kerajaan terus berhasil dalam usaha memperkasa taraf hidup rakyat disamping memacu kemajuan negara.
"Apa yang saya boleh tegaskan di sini ekonomi bumiputera, orang melayu dan islam terus berkembang mantap. Kalau pada tahun 2009, hanya 80,000 yang mampu tunaikan ibadah umrah, tetapi sehingga 2016, seramai 310,000 orang sudah mampu tunaikan umrah walau bukan wajib.
"Jumlah pendeposit tabung haji juga semakin meningkat daripada 32 bilion pada 2011 kepada 62 bilion pada 2015, ini membuktikan sudah ramai yang mampu. Kerajaan juga tidak akan sesekali berdiam diri untuk selesaikan masalah ekonomi rakyat secara sistematik," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Rahman turut mengingatkan sayap Pemuda dan Puteri UMNO untuk terus berganding bahu merapatkan barisan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang serta agresif menjadi ejen sebaran maklumat berkenaan dasar kerajaan untuk kepentingan rakyat serta tidak hanyut dengan isu yang dicipta pembangkang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2017

Abdul Rahman berkata, hakikatnya, tidak ada sebuah negara di dunia ini yang kos sara hidupnya semakin berkurang terutamanya dalam menuju status negara maju. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.

Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.

PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.

Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.

PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.

'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.

Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.

Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.

PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.

PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).