Tiupan angin yang kuat sejak beberapa hari ini menyebabkan kebakaran hutan di Kampung Pekajang di Iskandar Puteri, dekat sini, merebak ke tempat baharu iaitu melibatkan seluas 98 hektar setakat hari ini berbanding hanya 16 hektar keluasan kebakaran asal pada Jumaat (23 Ogos).
Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis berkata pihaknya bertungkus-lumus 24 jam untuk menanganinya dan berhasil memadamkan sebanyak 45 peratus atau 44 hektar kawasan kebakaran.
Operasi pemadaman dilakukan oleh seramai 79 anggota termasuk pegawai kanan dari 10 buah balai di kawasan Zon 1 Johor dan sebuah balai dari kawasan Zon 2 Johor.
Selain itu, sebanyak lima 'water tanker' berkapasiti 20,000 liter digunakan untuk mengangkut air yang diambil dari pili bomba berdekatan untuk memadamkan kebakaran tersebut.
BACA: JBPM Johor berjaya kawal lebih separuh kebakaran hutan Gelang Patah
Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, beliau berkata sumber air itu terpaksa diambil dari pili bomba berdekatan kerana bekalan air sungai atau parit sedia ada yang terdapat di kawasan itu tidak dapat menampung kegunaan untuk operasi pemadaman tersebut.
"Hari ini hujan gerimis sahaja dan ia tidak begitu memberi kesan kepada operasi pemadaman. Berdasarkan keadaan semasa, dijangka pemadaman akan mengambil masa selama empat hari.
"Namun sekiranya teknik total 'flooding' (membanjirkan keseluruhan kawasan kebakaran) dapat disiapkan dengan segera, maka terdapat kemungkinan kebakaran dapat dipadamkan dalam masa yang terdekat," katanya.
Yahaya berkata ada pihak mencadangkan agar aktiviti pembenihan awan dilakukan di kawasan itu bagi membantu operasi pemadaman bomba dan cadangan itu diutarakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad.
"Susulan cadangan itu, wakil dari Jabatan Meteorologi Malaysia ada hadir ke lokasi kebakaran untuk membuat pemerhatian ke atas pembentukan awan (pembenihan awam) namun keputusannya (keberhasilan) adalah (mungkin) 50 peratus berjaya dan 50 peratus tidak berjaya disebabkan kelembapan awan yang rendah," katanya.
Kebakaran bermula pada petang Jumaat itu dipercayai akibat cuaca kering di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 25 2019
Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran melibatkan kawasan seluas 2.4 hektar hutan berbukit berhampiran Taman Tema Legoland dan sebuah hotel di Medini Iskandar Puteri hari ini. - Foto BERNAMA
Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.
Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar berlangsung di Langkawi
Luqman Hariz membawakan perkembangan semasa Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Langkawi .
Gencatan senjata Gaza: Semua pihak diseru ambil kesempatan bantu rakyat Palestin - Mujahid
Semua pihak diseru mengambil kesempatan daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan bersiap sedia membawa misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Polis rampas pelbagai dadah bernilai lebih RM13.59 juta, berkas 5 individu
Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM13.59 juta dan memberkas lima individu berkaitan sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak September tahun lepas.
Polis rampas 214 karton minuman keras bernilai lebih RM98,000
Polis merampas 214 karton minuman keras dipercayai tanpa cukai kastam dianggar bernilai lebih RM98,000 dalam dua serbuan di sekitar Gelang Patah, pada Rabu dan Khamis lepas.
Lelaki ditahan bersama lebih 3kg dadah di Gelang Patah
Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 3,057 gram (g) dadah jenis ganja bernilai RM9,300 dalam serbuan di Gelang Patah.
Tragedi Deepavali: Kanak-kanak maut, dua parah dalam nahas di Gelang Patah
Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas namun kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian.
Pecah masuk sekolah, 5 remaja ditangkap
Rakaman CCTV mendapati kelima-lima remaja lelaki itu terlibat dalam aktiviti jenayah tersebut.
Wanita ditahan selepas rempuh pintu pagar rumah bekas teman lelaki
Seorang wanita yang bertindak merempuh pintu pagar kediaman bekas teman lelakinya berjaya ditahan pihak polis di Gelang Patah.
15 keluarga terjejas banjir kilat di Gelang Patah, Johor
Sebanyak 15 buah kekuarga terjejas ekoran banjir kilat yang melanda Kampung Baru Muafakat, Gelang Patah, Johor sejak 5 petang tadi.
Lelaki hilang ditemui lemas di tasik
Ahli keluarga mangsa memaklumkan lelaki itu tidak pulang ke rumah dan dipercayai hilang pada Selasa, kira-kira jam 8 malam.
Polis tahan lelaki, rampas 65 kotak mercun
Lelaki berumur 28 tahun itu merupakan pekerja di premis tersebut, ditahan anggota pasukannya pada kira-kira 6.45 petang.
Mayat Orang Asli hilang ditemui terapung
Mangsa ditemui mati dalam keadaan terapung di Sungai Karang, Gelang Patah kira-kira pukul 4 petang tadi.