Dalam tweetnya, Khalid memaklumkan siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan enam buah kereta itu dipercayai perbuatan khianat.
Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut.
Dalam kejadian pada tengahari Isnin itu, orang ramai berhampiran sebuah tempat parkir dekat stesen LRT Taman Jaya panik selepas beberapa kenderaan terbakar.
Pasukan Bomba tiba di lokasi pada pukul 1 tengahari berjaya memadamkan kebakaran setengah jam kemudian.
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Dalam satu kenyataan media, pihak Prasarana juga mengesahkan kejadian ini tidak menjejaskan operasi LRT dan kebakaran berlaku di luar kawasan Stesen LRT Taman Jaya.