Silinder gas petroleum cair (LPG) menjadi punca api marak dengan cepat dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur genap seminggu lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata dua bahan bukti diterima pihaknya dan telah dihantar ke Makmal Penyiasatan Kebakaran Kuala Lumpur untuk dianalisa.
Ujarnya, laporan forensik kebakaran, penemuan-penemuan serta punca kebakaran turut menunjukkan kejadian itu adalah disengajakan.
Katanya, hasil analisa menunjukkan petrol telah dicurahkan pada rak tuala, rak kasut dan dinding di hadapan pintu masuk bilik asrama aras tiga.
"Dua buah silinder gas LPG berwarna hijau berbelang merah dijumpai di hadapan pintu masuk bilik asrama. Kedua-dua silinder ini telah kosong dan injap silinder dalam keadaan terbuka.
"Unit pengesan (K9) telah mengesan tujuh tempat dan tujuh sampel telah diambil di hadapan pintu bilik asrama.
"Dalam kes ini empat ekor anjing telah digunakan dan kesemuanya telah menunjukkan ke tempat yang sama.
"Sampel ini telah dianalisa oleh pegawai kimia di Makmal Penyiasatan Kebakaran Kuala Lumpur dan didapati empat sampel berkenaan mengandungi residu cecair mudah menyala jenis petrol," katanya dalam sidang media di Ibupejabat JBPM di sini hari ini.
Katanya, bahan mudah terbakar yang banyak di bilik asrama telah menyebabkan api cepat marak dan meningkatkan lagi bahang api mengakibatkan mangsa yang sedang tidur terkorban dalam masa yang singkat.
Malah, struktur dinding berdekatan pintu itu turut pecah selain pintu, siling, almari dan rak kasut rentung sepenuhnya.
Dalam kejadian Khamis lepas, seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tersebut terkorban akibat terperangkap di asrama yang terletak di tingkat paling atas daripada bangunan tiga tingkat itu kira-kira 5.15 pagi.
Sabtu lepas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengumumkan tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran berkenaan.
Pihak polis percaya motif kejadian adalah angkara dendam.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Sep 21 2017
Menurut Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim (dua dari kiri), petrol terbabit telah dicurahkan di rak tuala dan kasut serta dinding di hadapan pintu masuk asrama di aras 3 bangunan terbabit. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha menjadi hab pusat data global, dengan kebergantungan kepada cip teknologi dari Amerika Syarikat dan konflik perdagangan antara AS dan China. Diversifikasi sumber teknologi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negara tidak terjejas.
Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepadanya.
Harapan baru atau sekadar sementara ?
Sejauh mana gencatan senjata ini mampu bertahan, dan apakah langkah-langkah seterusnya untuk memastikan keamanan berterusan?
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
Kebakaran tahfiz: Disengajakan, silinder gas LPG punca api marak dengan cepat - Bomba
JPBM mengesahkan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Al Ittifaqiyah Khamis lalu adalah berpunca dari api yang dinyalakan menggunakan petrol.