Kedah kekal dengan pendirian menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), tegas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Beliau berkata ini kerana Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah itu sendiri pun sudah bersifat tidak mendiskriminasi mana-mana pihak.
"Jadi sebab itu kita persoalkan apakah perlu kita sekarang ini perlu menerima satu dasar dari luar negara yang mungkin akan membuka peluang kepada perkara-perkara lain yang akan merumitkan keadaan..jadi itu sebabnya kita buat keputusan untuk menolak ICERD.
"Saya fikir kita serah kepada kerajaan persekutuan untuk meneliti dan memberi pandangan mengenai ICERD tapi Kedah sudah pun nyatakan pendirian," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bahawa rundingan mengenai perkara itu akan dimulakan pada Januari depan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Persatuan Bekas Tentera Laut Diraja Malaysa (PBTLDM) di Institut Pengurusan dan Integiriti Kedah dekat sini hari ini.
Mukhriz sebelum ini berkata tiada keperluan untuk negara meratifikasi ICERD dan meminta ia dikaji sedalam-dalamnya bagi mengelak daripada melanggar perkara-perkara yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan.
--BERNAMA
Bernama
Sat Nov 17 2018
MUKHRIZ: Saya fikir kita serah kepada kerajaan persekutuan untuk meneliti dan memberi pandangan mengenai ICERD tapi Kedah sudah pun nyatakan pendirian. - Foto BERNAMA
Dua warga emas rugi lebih RM5 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Salah seorang mangsa mula menyertai pelaburan dikenali sebagai Efa Trade yang didakwa mampu memberikan pulangan lumayan.
Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah
Planetarium Negara berhasrat menggabungkan elemen sains dan seni dalam produk pamerannya bagi menyemai minat orang ramai, terutama generasi muda, dalam bidang sains astronomi.
Polis terima laporan gangguan seksual anggota polis terhadap aktivis pelajar
Polis menerima laporan daripada seorang aktivis pelajar yang mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota agensi keselamatan itu ketika keterangannya direkodkan.
Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
Lebih 10,000 pesakit menunggu dengan penuh harapan giliran untuk menerima sumbangan organ bagi memberi peluang mereka meneruskan kehidupan.
Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan motosikal Honda Dash musnah dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tengku Badrishah di Taman Klang Ria, Klang, petang semalam.
Serangan udara Israel di selatan Lubnan, langgar gencatan senjata
Letupan kuat kedengaran di kampung Baisariyeh, yang kemudiannya disahkan berpunca akibat serangan udara Israel.
AWANI Tonight 7 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt appoints three companies for vehicle inspections
2. Jakim's advise not policy, says Govt
1. Govt appoints three companies for vehicle inspections
2. Jakim's advise not policy, says Govt
Seorang rakyat Malaysia antara 61 mangsa penipuan dalam talian diselamatkan di Myanmar
Kedutaan Malaysia di Bangkok telah mengesahkan identiti warganegara Malaysia itu dengan pihak berkuasa Thailand.
Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
Lebih 20 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedati bersempena dengan sambutan Thaipusam.
It's About YOUth: Creating a greener future with art
Can art inspire a greener future? Andrew Woon from Faber-Castell Malaysia and young artist Chan Ellen explore the transformative power of art in fostering environmental awareness among youth.
Kemiskinan tegar: Hentikan naratif pemprofilan perkauman - PM Anwar
Beliau berkata dasar kerajaan adalah jelas, iaitu memberi bantuan tanpa sebarang diskriminasi kaum dalam usaha menangani kemiskinan tegar.
Majikan cenderung ambil pekerja sama bangsa - Boss James
Masalah pertuturan bahasa Melayu antara punca majikan sukar mengambil pekerja berlainan bangsa.
Ketua PBB desak hapus semua bentuk diskriminasi kaum
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan menangani isu perkauman dan menghapuskan segala bentuk diskriminasi kaum.
Isu ancam keharmonian kaum mesti ditangani dengan pantas, cekap - Sultan Johor
Baginda bertitah tindakan pantas dan tepat oleh pihak berkuasa akan mencegah kekeliruan dan penularan sentimen berbaur kebencian.
Isu diskriminasi kaum, Tesla berdepan tuntutan mahkamah di California
Jabatan Keadilan Buruh dan Perumahan California (DFEH) memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Tesla pada Rabu berhubung dakwaan syarikat itu mengamalkan diskriminasi dan gangguan perkauman.
Perancis buka semula ekonomi dan sempadan
Presiden Perancis, Emmanuel Macron membuka semula semua restoran dan ekonomi negara berkenaan untuk mempercepatkan pemulihan pasca COVID-19.
ICERD: Rakyat Malaysia jadi mangsa mitos dan salah faham - Kit Siang
Menurutnya, cadangan meratifikasi ICERD tidak berpunca daripada agenda rahsia untuk melemahkan Perlembagaan Persekutuan atau menyerang kedudukan orang Melayu, agama Islam dan Raja-raja Melayu.
Himpunan ICERD diteruskan, kerajaan gagal tunjuk kesungguhan - Pas
Nasrudin berkata, himpunan tersebut juga wajar diteruskan bagi mendesak kerajaan supaya tidak berdolak-dalih dalam isu ICERD.
DUN Pahang lulus usul tolak ratifikasi ICERD
Usul dibahaskan bersama-sama lima Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional, Pas dan Pakatan Harapan.
Kerajaan sedia tangguh ratifikasi ICERD - Saifuddin
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerajaan juga bersedia untuk menangguhkan proses berkenaan mengikut saranan umum.