Tiada lagi kelibat peniaga warga asing berniaga di tepi jalan malah kedai menjual buah dan rokok seludup didakwa milik peniaga asing juga sudah dirobohkan.
Tinjauan Astro AWANI mendapati khemah-khemah peniaga yang diletakkan di atas tapak parkir seperti didedahkan dalam video ‘Asri Janggut’ baru-baru ini juga sudah tidak kelihatan.
Berdasarkan maklumat daripada penduduk tempatan, pihak berkuasa melakukan operasi di kawasan itu pada Ahad dan difahamkan kedai menjual buah milik warga asing yang tular itu turut dirobohkan pada hari sama.
Menurut mereka, kawasan berhampiran yang biasanya dipenuhi peniaga kini juga lengang kerana peniaga bimbang barangan mereka turut disita dan dirampas dalam operasi pihak berkuasa.
Tinjauan Astro AWANI ke lokasi lain juga mendapati beberapa gerai yang difahamkan selalunya menjual rokok seludup juga tidak beroperasi pada hari tersebut.
Menurut seorang peniaga berhampiran, semua peniaga itu tidak lagi berniaga selepas kes tersebut tular dalam media sosial selain pihak berkuasa kerap menyerbu kawasan itu dalam beberapa hari ini.
Dalam pada itu, tinjauan mendapati kedai mesin judi yang ditularkan dalam video sama juga tidak beroperasi, pintu ditutup rapat dan tiada langsung motosikal berada di luar premis tersebut.
Begitupun, penduduk setempat mengakui bahawa ada kedai mesin judi di kawasan itu malah mereka memberitahu ia sudah lama bertapak di kawasan itu dan dilakukan secara tersembunyi.
Meskipun sudah berulang kali diserbu namun ia kembali beroperasi beberapa minggu atau beberapa bulan selepas diserbu.
Terdahulu, tular dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.
Perkara itu mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang memaklumkan pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut dan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang terlibat dalam aktiviti perjudian.
Susulan itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar menerusi sidang akhbar semalam memaklumkan, pihaknya telah melakukan enam serbuan di lokasi berasingan di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.
BACA: SPRM siasat dakwaan pihak berkuasa lindungi premis judi haram
Pada sidang media sama pihaknya memaklumkan polis akan akan memanggil individu dikenali sebagai Asri Janggut yang disyaki menularkan video berkenaan bagi membantu siasatan.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan akan menyiasat dakwaan pihak berkuasa cuba lindungi premis perjudian haram di sekitar kawasan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya pada Isnin.
Astro Awani
Mon Aug 10 2020
Berdasarkan maklumat daripada penduduk tempatan, pihak berkuasa melakukan operasi di kawasan itu pada Ahad dan difahamkan kedai menjual buah milik warga asing yang tular itu turut dirobohkan pada hari sama. - Gambar Astro AWANI
Menang Saham 2.0: Misi DDNK terus promosi kepentingan ilmu pelaburan
Menang Saham 2.0 akan memperkenalkan pelabur dan pedagang kepada saham-saham gergasi dunia, membimbing rakyat Malaysia dari Semenanjung hingga Sabah dan Sarawak.
Lapan maut kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo
Lapan maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Lebuhraya Pan Borneo di Sarikei, pada Khamis.
“Bukan sahaja memecat kita akan ambil tindakan undang-undang” - Menteri Sumber Manusia
Menteri Sumber Manusia berkata Pihak kementerian memberi kerjasama penuh kepada SPRM dan tidak akan kompromi tentang Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
Pas persoal agenda sebalik tajaan lawatan PM
Tindakan kerajaan menerima tajaan terhadap kos lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada syarikat swasta membuka pintu persoalan mengenai konflik kepentingan.
Banjir Terengganu: Lebih 2,000 mangsa dibenar pulang, hanya 59 masih berada di PPS
Hanya 59 mangsa daripada 15 keluarga masih terjejas di daerah Kemaman, dengan tiga Pusat Pemindahan Sementara masih diaktifkan.
Pantau Agenda Reformasi: 2 Tahun kerajaan MADANI & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam
Apa tumpuan Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 akan dilaksanakan yang akan berlangsung pada 22 hingga 24 November 2024 ini?
149 kes pemandu mabuk didakwa di mahkamah sejak 2021
Sebanyak 149 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tempoh Januari 2021 hingga September 2024.
“Mereka tidak dihampiri oleh pegawai PERKESO”- Zakri
Ahli Parlimen Kangar bertanya adakah PERKESO kekurangan jentera untuk pergerakan perkhidmatan mereka kepada golongan sasar.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Pihak pengurusan Ford perlu bentang pelan lebih konstruktif
Ketua Kesatuan Pekerja Ford di Jerman menyifatkan pengumuman itu sebagai hari yang gelap buat pekerja.
Benjamin Gruschka berkata pengumuman tersebut bukanlah sesuatu yang dinantikan dan menegaskan majlis pekerja akan terus memperjuangkan nasib mereka yang bakal disingkirkan.
Benjamin Gruschka berkata pengumuman tersebut bukanlah sesuatu yang dinantikan dan menegaskan majlis pekerja akan terus memperjuangkan nasib mereka yang bakal disingkirkan.
Agong berkenan serah kunci rumah Yayasan Al-Sultan Abdullah
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyerahkan kunci rumah kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) kepada penerima di Kampung Sungai Gangchong, Acheh dan Kampung Tanjung Pulai.
Kedai 'warga Acheh' sudah diroboh, ramai peniaga tidak lagi berniaga di tepi jalan
Tiada lagi kelibat peniaga warga asing berniaga di tepi jalan malah kedai menjual buah dan rokok seludup didakwa milik peniaga asing juga sudah dirobohkan.
COVID-19: Hospital Indonesia rayu dibantu tangani wabak
Beberapa hospital di Indonesia mengakui tidak mempunyai peralatan perubatan yang mencukupi sekiranya berdepan dengan wabak COVID-19.
"Disimbah air najis" - Majikan dituduh berzina dengan pekerja wanita
Gara-gara dituduh berzina, pasangan yang bekerja di sebuah syarikat diheret ke tepi jalan dan disimbah dengan air najis.
10 maut dalam kebakaran telaga minyak di Acheh
Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam satu kejadian kebakaran di sebuah telaga minyak di barat Acheh, hari ini.
Gempa bumi di Sumatra bunuh 22 orang
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richte melanda Sumatra semalam dan membunuh kira-kira 22 orang setakat ini.