Kedutaan Indonesia di sini telah menghubungi Kementerian Luar Malaysia bagi mendapatkan kebenaran untuk menemui wanita yang memegang pasport negara itu yang ditahan pagi tadi berhubung kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara.
Menteri Penasihat Bahagian Informasi, Sosial dan Budaya kedutaan itu Trigustono Supriyanto berkata pertemuan itu bagi mengesahkan identiti wanita itu serta ketulenan pasport yang dimilikinya.
"Saya hanya menerima maklumat mengenai penahanan wanita itu yang memegang pasport negara kami menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar oleh rakan dan tiada makluman rasmi daripada pihak berkuasa Malaysia kepada kami.
"Sejurus selepas mendapat maklumat itu, kami telah berhubung dengan Kementerian Luar Malaysia dan sehingga kini, kami masih menunggu maklum balas daripada mereka," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya.
BACA: Seorang lagi suspek wanita ditahan terkait kematian Kim Chol - KPN Khalid
BACA: Wanita kedua dalam kes bunuh Jong-Nam pegang pasport Indonesia
Katanya selagi tidak dapat menemui wanita itu, kedutaan tidak dapat mengesahkan identitinya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam satu kenyataan, berkata wanita bernama Siti Aishah dan dilahirkan di Serang, Indonesia, pada 11 Feb 1992 ditahan awal pagi tadi. Dia memegang pasport Indonesia.
Ia adalah wanita kedua ditangkap bersabit kematian Jong-nam susulan penahanan wanita dikenali sebagai Doan Thi Huong, 29, yang memegang pasport Vietnam di klia2 pada pukul 8.20 pagi semalam.
Isnin lepas, Jong-nam yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan berada di klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau pada Isnin dan kemudian meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya setelah meminta bantuan di kaunter lapangan terbang berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2017

Kedutaan Indonesia di sini telah menghubungi Kementerian Luar Malaysia bagi mendapatkan kebenaran untuk menemui Siti Aishah. - fotoBERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Malaysia kutuk pencerobohan terbaharu di Masjid Al-Aqsa
Pencerobohan yang dirancang ke tapak suci umat Islam dan perarakan bendera di Kota Lama Baitulmaqdis memburukkan lagi keadaan.

Malaysia kutuk tindakan Israel ke atas penunjuk perasaan 'Great March of Return'
Penggunaan kekerasan secara berterusan oleh Israel ke atas penunjuk perasaan rakyat Palestin yang tidak bersenjata adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima walau dengan apa cara sekalipun.