Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata aspek kehadiran orang awam sewaktu proses sebatan pesalah undang-undang syariah seperti yang berlaku di Terengganu pada Isnin perlu dilihat semula.
"Ia (peruntukan) perlu dilihat, sama ada orang awam boleh hadir sekali. Sama ada pegawai (pihak berkuasa) dua tiga orang sudah boleh dikira sebagai orang awam. Bagi saya itu proses teknikaliti dan boleh dibawa ke perdebatan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Suatu Perjalanan Hidup' oleh Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria di Universiti Kebangsaan Malaysia dekat sini hari ini.
BACA: Sebat depan khalayak: Air mata tertuduh gugur selepas jalani hukuman
BACA: Cubaan 'buat onar' dalam kereta gagal, pasangan lesbian di Dungun didenda, disebat
BACA: Dua wanita kes hubungan sejenis dihukum sebat depan khalayak
BACA: Khairy bidas tindakan sebat di khalayak ramai
Mujahid berkata demikian ketika diminta mengulas hukuman ke atas dua wanita yang menjalani hukuman enam kali sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu setelah didapati bersalah melakukan hubungan sejenis dalam sebuah kereta pada April lalu
Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya mengikuti perkembangan tersebut dan mengambil sikap bahawa ia dijalankan mengikut proses undang-undang negeri.
"Saya difahamkan mereka mengakui bahawa mereka melakukan kesalahan iaitu termaktub dalam Akta Enakmen Musahaqah (musahaqah ialah kesalahan perempuan dengan perempuan). Mereka diberi tempoh 14 hari rayuan dan mereka tidak mengemukakan rayuan.
"Saya juga difahamkan kaedah mereka dikenakan sebatan itu juga mengikut kaedah Islam yang tidak menyakitkan, so selagi perkara itu dipatuhi dan ada peruntukan undang-undang, maka bagi saya itu satu proses undang-undang biasa yang dilalui oleh sesiapa yang melakukan jenayah," tegasnya,
Menurutnya, jika ada pihak ingin mengeluarkan atau menghapuskan peruntukan tersebut, ia perlu dibawa mengikut undang-undang enakmen negeri masing-masing.
Jelasnya lagi, sama ada lesbian, gay atau sebagainya, setiap individu akan diadili mengikut proses dan saluran yang sama sebaik sahaja sesuatu tangkapan itu dilakukan.
"Kepada masyarakat, semua ini tentu dibuat untuk kebaikan. Orang Islam khususnya, sudah tahu mana-mana perkara yang dilarang dan sepatutnya mengambil hal ini sebagai pengajaran.
"Hukuman dalam Islam bukan untuk menyakitkan tetapi lebih kepada pengajaran kepada yang lain-lain supaya kembali kepada fitrah," katanya.
Dalam pada itu, Mujahid turut menyambut baik perkenan Sultan Selangor agar had umur minimum perkahwinan orang Islam lelaki dan perempuan di Selangor dinaikkan daripada 16 kepada 18 tahun, Mujahid berkata
Jelasnya, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) gembira Selangor akan menjadi negeri pertama yang bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menaikkan had umur perkahwinan tersebut.
"Alhamdulillah. Tapi perkara itu dibawah enakmen negeri Selangor. Hasrat PH untuk melihat ini dalam konteks undang-undang maknanya Selangor telah lebih awal daripada apa yang kita jangkakan di peringkat persekutuan. Itu pencapaian yang baik," katanya.
Di peringkat kerajaan persekutuan, Mujahid berkata pelarasan umur tersebut masih diperingkat penelitian dan diskusi bersama pakar-pakar Islam dan perundangan dan dijangkakan, satu draft berkaitan hal ini akan dikeluarkan pada awal tahun depan.
"Kita lihat kepada keseluruhan akta yang ada, bukan satu dua akta sahaja, jadi kita tengok secara menyeluruh. Saya andaikan, jika tiada apa-apa aral, deraf itu akan dikeluarkan awal tahun depan. Kita akan lihat lagi aspek tertentu jika ada sebarang pengecualian," katanya.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah, baginda memandang serius kes-kes melibatkan perkahwinan kanak-kanak Islam pada usia terlalu muda, terutama kanak-kanak perempuan, kerana bimbang dengan risiko kemudaratan masa depan pasangan tersebut serta kesannya kepada masyarakat kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 03 2018

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata aspek kehadiran orang awam sewaktu proses sebatan pesalah undang-undang syariah seperti yang berlaku di Terengganu hari ini perlu dilihat semula. -Bernama
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Tutup pusat tahfiz jika pengetua didapati bersalah - Mujahid
Kerajaan akan menutup pusat tahfiz di Kepong, Kuala Lumpur sekiranya pengetua pusat tahfiz tersebut didapati bersalah meliwat sembilan pelajarnya.

Kehadiran orang awam sewaktu sebatan 'pasangan songsang' perlu dilihat semula - Mujahid Rawa
Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata aspek kehadiran orang awam sewaktu proses sebatan pesalah undang-undang syariah seperti yang berlaku di Terengganu pada Isnin perlu dilihat semula.