Pasukan Penyiasat tidak menolak kemungkinan campur tangan pihak ketiga (third party intervention) antara punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac 2014.
Kata Ketua Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia bagi MH370, Datuk Kok Soo Chon, Pasukan Penyiasat telah meneliti semua laporan dan dakwaan di semua platform berita dan juga media sosial.
"Apabila anda menyiasat MH370, ia merupakan antara kerja paling sukar di dunia. Apa yang kami telah buat ialah membaca semua jenis laporan, semua jenis dakwaan, berita dan gosip di media sosial, dan kami letak semuanya di atas meja.
"Dalam hampir 60 dakwaan dan gosip yang diterima dan diteliti, kami buang satu per satu dan tengok apa yang tinggal.
"Kini, tinggal hanya tujuh kemungkinan. Tetapi saya harus berhati-hati kerana saya tidak mahu menolak sebarang kemungkinan," katanya kepada media selepas selepas membentangkan laporan terakhir siasatan MH370 di Bangunan Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.
Laporan itu, antara lain, menyatakan penemuan sepanjang siasatan, termasuk aspek keadaan pesawat berkenaan, keadaan kru termasuk juruterbang sewaktu penerbangan, komunikasi dua hala antara pusat kawalan trafik udara Kuala Lumpur dan Ho Chi Minh, serta cadangan-cadangan untuk mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.
Antara penemuan yang dinyatakan ialah, sewaktu pesawat Boeing B777-200ER itu melencong dari laluan asal, ia berada di bawah kawalan manual dan sengaja dihalakan menuju ke Lautan India.
"Kami telah menjalankan tujuh simulasi penerbangan, tiga di bawah kelajuan tinggi dan empat lagi di bawah kelajuan rendah dan kami mendapati lencongan berkenaan dibuat di bawah kawalan manual, bukan autopilot," jelas Soo Chon.
Bagaimanapun, beliau enggan membuat kesimpulan yang kesihatan juruterbang pesawat, Kapten Zaharie Ahmad Shah ataupun pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, berada di tahap kurang baik, atau mempunyai tujuan berlainan sewaktu kapal terbang itu dilencongkan.
"Kami telah membuat pemeriksaan terhadap Zaharieā¦ kami dapati beliau tidak mempunyai masalah dengan rakan-rakan atau keluarga, tiada sifat-sifat kemurungan, tiada penyalahgunaan alkohol atau dadah.
"Kami juga dapati tiada tekanan atau tanda kebimbangan dalam komunikasi antara beliau dengan pusat kawalan udara di Kuala Lumpur atau Ho Chi Minh. Kami dapati Kapten Zaharie seorang juruterbang yang kompeten, rekod penerbangan hampir sempurna, serta mempunyai kebolehan untuk menguruskan tekanan sewaktu bekerja," jelasnya.
Bagi Fariq juga, kata Soo Chon, tiada sebarang asas untuk beliau melencongkan pesawat berkenaan, tetapi dakwaan yang mengatakan terdapat isyarat dari telefon bimbit beliau sukar ditentukan memandangkan ianya terlampau lemah.
Tetapi katanya, kekurangan komunikasi radio antara MH370 dan pusat kawalan sebelum ia dilencongkan adalah berkemungkinan besar sistem komunikasi pesawat berkenaan telah ditutup secara manual, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Soo Chon berkata, pihak beliau juga dapati Pusat Kawalan Udara Ho Chi Minh gagal untuk memaklumkan Pusat Kawalan Udara Beijing apabila pesawat itu tidak melakukan sebarang komunikasi lanjut.
Jelasnya lagi, petugas di pusat kawalan berkenaan tidak menjalankan pelbagai fasa kecemasan yang sudah tergaris dalam panduan, sekali gus memberi impak yang besar kepada operasi mencari dan menyelamat.
Dalam pada itu, Soo Chon menegaskan laporan setebal 449 muka surat yang diedarkan kepada awam hari ini bukan bermakna siasatan sudah berakhir.
"Bagaimana kami boleh menganggapnya laporan terakhir, itu akan jadi tekaan tanpa asas kerana rangka MH370 tidak ditemui, mangsa juga tidak ditemui," katanya.
Firdaus Azil
Mon Jul 30 2018

SOO CHON: Selepas mengupas satu per satu daripada hampir 60 dakwaan yang diterima, kini tinggal hanya tujuh kemungkinan mengapa dan bagaimana MH370 boleh hilang. - Astro AWANI/Shahir Omar
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

India dan China bersetuju mulakan semula penerbangan terus
Kedua-dua negara memutuskan "untuk mengambil beberapa langkah berfokuskan rakyat bagi menstabilkan dan membina semula hubungan."

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.

MH370: Waris penumpang, kru harap pencarian baharu dimulakan segera
Ahli keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines MH370 menyambut baik usaha pencarian baharu oleh Ocean Infinity di kawasan seluas 15,000 kilometer (km) persegi di selatan Lautan Hindi.

Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.

Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.

China, Jepun adakan dialog politik peringkat tertinggi di Beijing
Diplomat tertinggi China dan Penasihat Khas kepada Kabinet Jepun mengadakan rundingan di bawah mekanisme dialog politik peringkat tertinggi.

China akan benarkan hospital milik asing sepenuhnya di kawasan tertentu
China merancang untuk membenarkan penubuhan hospital milik penuh warga asing di bandar dan wilayah tertentu di seluruh negara, menurut dokumen rasmi yang didedahkan pada Ahad.

Kumpulan Palestin tandatangani deklarasi 'tamatkan perpecahan' di Beijing
Kumpulan-kumpulan Palestin berikrar untuk menamatkan perpecahan semasa rundingan damai yang berlangsung di Beijing.

Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.