Kumpulan yang dipercayai menculik Pastor Raymond Koh yang hilang pada Februari lepas, mempunyai rangkaian di selatan Thailand.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata setakat ini pihaknya masih bekerjasama dengan polis Thailand untuk mengesan rangkaian kumpulan berkenaan.
Menurut beliau, kumpulan penculik itu dipercayai diketuai seorang lelaki, yang juga dalang penyeludupan senjata dan dadah yang ditembak mati di Ulu Lenggong, Kedah, 17 Jun lalu.
Siasatan polis mendapati kumpulan berkenaan mempunyai jaringan dengan aktiviti penyeludupan manusia di selatan negara jiran itu.
"Berdasarkan siasatan yang dilakukan ke atas tiga lagi suspek yang ditahan pada hari yang sama, ketua mereka ditembak mati, kumpulan terbabit mempunyai hubung kait dengan sebuah lagi kumpulan di selatan Thailand," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau juga berkata, pihaknya percaya kehilangan seorang lagi lelaki iaitu Peter Chong, pada 31 Mac lalu, turut mempunyai kaitan dengan kumpulan sama.
Pada 13 Februari lalu, Raymond, 62, dipercayai telah dilarikan sekumpulan lelaki di Jalan SS4b/10, Petaling Jaya, Selangor.
Selain Raymond, empat lagi individu iaitu bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Peter Chong; paderi, Joshua Hilmy dan isterinya, Ruth serta aktivis Pertubuhan Kebajikan Harapan Negeri Perlis, Amri Che Mat turut dilaporkan hilang.
Bagaimanapun, Peter yang didakwa diculik pada 6 April lalu ditemukan selamat selepas tiba di tanah air dari Thailand, 16 April lalu.
Astro Awani
Tue Jul 25 2017

Kes kehilangan paderi, Raymond Koh Keng Joo sejak Februari lalu mungkin mempunyai kaitan dengan satu kumpulan yang melakukan aktiviti penyeludupan manusia.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo.

Insiden tembakan: Polis tingkat keselamatan di pusat beli belah, lokasi tumpuan
Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor di sini, malam tadi.

Dua suspek tembak polis Thailand mungkin tidak berada di Malaysia - KPN
Polis berkata dua suspek yang dipercayai menembak mati seorang pegawai kanan polis Thailand dan anaknya, berkemungkinan tidak berada di negara ini.

Isu jenaka "ham": Polis sambung reman lelaki disyaki ugut pelawak, keluarga
Tempoh reman seorang lelaki yang ditahan selepas disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya, disambung tiga hari hingga Jumaat ini.

Suspek ugut Harith Iskander, keluarga ditahan polis - KPN
Suspek berusia 31 tahun itu direman sehingga 28 Januari ini untuk membantu siasatan.

Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.

Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN
Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan.

Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.

Op Ragada: Reman dilanjut, siasatan tertumpu kepada transkasi mencurigakan - KPN
Siasatan membabitkan penahanan empat individu termasuk CEO sebuah syarikat penyiaran di Sarawak berhubung pengubahan wang haram tertumpu kepada pengesanan aliran transkasi yang mencurigakan.

Lima individu ditahan termasuk CEO stesen TV, polis beku aset lebih RM17 juta
Polis mengesahkan telah menahan lima individu kerana disyaki menjalankan aktiviti jenayah pengubahan wang haram.