Suasana nyaman dan tenteram dengan pohon-pohon getah serta aliran anak sungai menghiasi persekitaran sebuah rumah yang agak berusia di Kampung Belantik Dalam, di sini.
Di satu sudut rumah itu, kelihatan seorang warga emas sedang duduk sambil menggoreng biji kopi menggunakan dapur kayu sekali gus menghasilkan aroma segar yang dapat dihidu di seluruh kawasan kediaman itu.
Warga emas itu, Mohd Sabiah Kadir, 69, adalah pengusaha kopi tradisional yang telah menjalankan perniagaan itu bersama isteri, Kaedah Ahmad, 65, sejak kira-kira 40 tahun dahulu.
“Biji kopi yang telah dibersihkan perlu digoreng sehingga masak dan kehitaman, selepas itu ia akan dihancurkan sebelum dikisar dan menjadi serbuk kopi.
“Istimewanya kopi saya ini adalah kerana menggunakan kaedah tradisional seperti menggoreng menggunakan dapur kayu dan menghancurkan biji kopi menggunakan lesung hindik,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, baru-baru ini.
Mohd Sabiah yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Mat dalam kalangan penduduk kampung berkata, walaupun menggunakan kaedah tradisional, semua proses perlu dijalankan secara berhati-hati bagi menjaga kualiti dan rasa kopi.
Menurutnya, hanya dua jenis biji kopi sahaja digunakan untuk menghasilkan serbuk kopi iaitu Robusta dan Liberica yang kedua-duanya diimport dari Indonesia.
“Selain itu, kami tidak mencampurkan banyak bahan-bahan lain ketika memasak biji kopi, kami hanya menggunakan biji kopi asli dan gula sahaja, itu yang membuatkan rasa kopi lebih asli,” katanya.
Bercerita lanjut, Mohd Sabiah berkata sejak mula diusahakan secara kecil-kecilan pada 1981, serbuk kopinya mendapat permintaan yang amat baik dan kini hampir 200 kilogram serbuk kopi dihasilkan setiap bulan untuk memenuhi permintaan.
“Bagi penduduk kampung di sini depa (mereka) lebih mengenali kopi saya sebagai Kopi Pak Mat, manakala kalau pelanggan dari luar depa panggilnya kopi hindik.
“Alhamdulillah, produk kami ini banyak orang kampung yang tolong promosikan kepada kawan-kawan atau ahli keluarga di luar negeri atau daerah lain, selain itu ada juga agensi-agensi kerajaan dan swasta mai (datang) membeli dan membantu mempromosikan kopi saya ini,” katanya.
Walaupun permintaan yang diterima semakin meningkat, Mohd Sabiah berkata dia dan isteri tidak mampu memenuhi semuanya disebabkan faktor usia.
“Saya dan isteri tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan untuk kuantiti yang banyak, hanya lima kilogram untuk sehari atau dua hari dalam anggaran 30 bungkusan kopi.
“Kami tidak mengupah pekerja kerana tidak ada generasi muda yang berminat nak kerja ini, anak-anak kami pun apabila dapat kerja tetap tidak lagi berminat menyambung perniagaan kami ini,” kata Mohd Sabiah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 05 2020
Mohd Sabiah menunjukkan serbuk kopi yang dihasilkan dan dibungkus dengan berat 500g dan 250g di Kampung Belantik Dalam, Sik. --fotoBERNAMA
Dagangan saham MAHB demi mencapai sasaran dividen, kata KWSP
KWSP berkata, tawaran pembelian saham MAHB melalui konsortium baru-baru ini juga selaras dengan perancangan jangka panjangnya untuk mencapai pertumbuhan dan pulangan yang mampan.
Rangkaian 5G kedua: U Mobile mungkin pertimbang penggabungan
Hong Leong Investment Bank menjangka, saiz dan kekuatan kewangan terhad U Mobile mungkin menyebabkannya berdepan kesukaran untuk melaksanakan projek 5G kedua negara secara bersendirian.
Kenaikan tarif elektrik dijangka pacu permintaan tenaga boleh diperbaharui
Firma penyelidikan RHB Research menjangka, permintaan juga dijangka disokong oleh pelancaran subsektor RE baharu oleh bursa tempatan.
Sarawak kukuhkan kedudukan selaku peneraju teknologi hidrogen
Penganalisis berkata, ini dapat dilihat menerusi sembilan projek utama yang sedang dalam pembangunan di negeri tersebut.
PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal
Kerajaan Sarawak memberi jaminan bahawa PETROS akan memberikan kerjasama kepada kerajaan persekutuan dan petronas setelah diiktiraf sebagai agregator gas tunggal di wilayah itu.
Sektor penerbangan Malaysia 2025 bakal alami pertumbuhan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menjangkakan sektor penerbangan Malaysia mengalami pertumbuhan yang ketara pada tahun 2025.
Lega tambahan RM100 dalam SARA, beli keperluan asas
Langkah kerajaan meningkatkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) nyata memberi kelegaan kepada golongan penerima, khususnya kumpulan miskin dan miskin tegar.
Warga Israel mohon gantung bicara kes senjata api
Permohonan warga Israel, Avitan Shalom untuk menggantung perbicaraan dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan memperdagangkan enam senjata api yang dihadapinya, akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 28 Februari depan.
Hakim, K Muniandy menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pembelaan yang mewakili Avitan, 39, dan pendakwaan selaku responden.
Hakim, K Muniandy menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pembelaan yang mewakili Avitan, 39, dan pendakwaan selaku responden.
SARA ringkan beban rakyat beli keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima SARA di Lahad Datu, Sabah, merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Presiden Yoon enggan beri keterangan
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dilaporkan enggan memberi keterangan semasa sesi soal siasat.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Platform digital bantu Mama Food Marketing pasar produk sejuk beku
Kepesatan dunia digital dengan pelbagai medium komunikasi yang ada ketika ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengusaha berusia 36 tahun ini demi menjamin kelangsungan perniagaannya.
Polis rampas dadah dalam biji kopi dikirim kepada 'musuh John Wick'
Dalam bungkusan kopi sebesar dua kilogram itu, terdapat 150 gram kokain yang diisi secara teliti.
Keistimewaan kopi tradisional Pak Mat
Pak Mat berkata, walaupun menggunakan kaedah tradisional, semua proses perlu dijalankan secara berhati-hati bagi menjaga kualiti dan rasa kopi.
Kopi dicampur serbuk bateri terpakai, abu batu-bata
Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 35 kg serbuk hitam yang dipercayai daripada bateri terpakai, selain cecair hitam seberat 10 kg.
Amaran keras untuk peniaga kopi di California!
Hakim Los Angeles telah memutuskan Starbucks dan penjual kopi lain untuk meletakkan label amaran kanser pada kopi yang dijual di California, hari Rabu.