Kejadian pokok tumbang di kawasan Air Terjun Lata Carok yang mengorbankan dua mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam berlaku dengan pantas sehingga kesemua mangsa tidak sempat menyelamatkan diri berikutan terkejut selain keadaan persekitaran yang gelap.
Seorang mangsa, Mohd Ammar Affandi Ahmad Subki, 20, yang patah kaki kirinya akibat kejadian itu berkata, ketika kejadian dia sedang memasak makanan manakala beberapa lagi mangsa sedang tidur.
"Semasa kejadian tiada angin kuat, mahupun hujan, semua dalam keadaan baik sahaja. Namun, tiba-tiba sahaja terdengar bunyi kuat seperti kayu patah sebelum sebatang pokok balak yang besar menghempap kami," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Bentong di sini semalam.
Beliau yang berkerusi roda akibat kecederaan itu kelihatan sugul dan masih trauma dengan kejadian itu lebih-lebih lagi apabila dua rakannya Noorain Mohtar, 23, dari Sungai Besar, Selangor dan Muhamad Kamil Md Sukri, 22, dari Sabak Bernam maut.
Mohd Ammar yang berasal dari Kulim Kedah berkata, semasa kejadian dua mangsa yang maut sedang tidur di dalam khemah masing-masing dan salah seorang mangsa berada di belakangnya.
"Keadaan semasa itu menjadi kelam kabut. Dalam keadaan gelap saya berusaha menarik kaki yang tersepit di bawah pokok itu dan bangun untuk menyelamatkan rakan lain.
"Pada masa itu saya tidak berasa sakit dan terus menarik rakan-rakan saya yang ditindih kayu, namun usaha mengangkat kayu (batang pokok) tidak dapat dilakukan kerana begitu besar dan berat," katanya.
Usaha pemberita untuk menemubual beberapa lagi peserta dan mangsa yang berada di unit berkenaan bagaimanapun dihalang oleh seorang wanita yang dipercayai pensyarah universiti berkenaan dengan meminta mereka memasuki sebuah bilik menunggu di kawasan itu.
Sementara itu, salah seorang jurulatih yang bertanggungjawab mengendalikan program tersebut berkata, tempat berkenaan memang sering dijadikan kawasan perkemahan dan aktiviti lasak, namun kejadian sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Kejadian berlaku terlalu hampir dengan kawasan chalet penginapan kesemua pelajar UiTM berkenaan, kerana itu kita tidak memaklumkannya kepada pihak berkuasa.
"Sebelum ini juga kita pernah mengendalikan aktiviti yang sama di kawasan itu melibatkan kumpulan lain," katanya yang enggan dikenali.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2017

Anggota mencari dan menyelamat mengeluarkan mayat mangsa perkhemahan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang maut dihempap pokok kira-kira jam 4.20 pagi Sabtu. - Foto Bernama

KPDN Selangor serbu stor haram, rampas minyak masak paket, LPG di Kapar
KPDN Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi LPG dan minyak masak paket satu kg dengan nilai rampasan keseluruhan RM200,000 menerusi serbuan di Rantau Panjang.

E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik - TKSU KPN
Sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat.

KPDN Johor tumpas kegiatan seleweng LPG bernilai RM860,000
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM860,000 dalam satu operasi di Ulu Tiram, di sini semalam.

Penjelasan PNB mengenai pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH
Permodalan Nasional Berhad sebagai pemegang saham utama SEB yang sedia ada.

Pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH untuk bayar vendor tempatan - PNB
Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan secara eksklusif untuk membayar pembekal (vendor) tempatan.

Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia naik 3.5 peratus kepada RM158.1 bilion pada Januari - DOSM
- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Januari 2025 meningkat sebanyak 3.5 peratus daripada 5.7 peratus pada Disember 2024 yang berjumlah RM158.1 bilion.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,000 buat penjawat awam Pahang
Kira-kira 8,000 penjawat awam negeri Pahang bakal menerima RM1,000 sebagai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.
AWANI Tonight 12 March 2025
AWANITonight with Hafiz Marzukhi
1. Trump tariffs on steel, aluminium take effect
2. EU counters with tariffs on US goods
1. Trump tariffs on steel, aluminium take effect
2. EU counters with tariffs on US goods
AWANI Tonight: Trump’s Tariffs on Steel, Aluminium Take Effect
In the latest move from Washington, levies on all U.S. aluminium and steel imports came into effect at midnight, impacting numerous nations from Brazil to South Korea. The measure under U.S. President Donald Trump imposes a flat 25 percent duty on steel and aluminium entering the country, removing all previous exemptions.

Malaysia terus pantau situasi perdagangan global, nilai implikasi ke atas ekonomi negara - Liew
Kerajaan terus memantau situasi perdagangan global dalam mendepani perubahan dasar perdagangan agresif oleh Amerika Syarikat (AS) dan menilai implikasinya ke atas perkembangan ekonomi negara.

Kejadian di Lata Calok terlalu pantas, tanpa hujan atau ribut - Mangsa
Kejadian pokok tumbang di kawasan Air Terjun Lata Carok yang mengorbankan dua mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam berlaku dengan pantas.