Kejayaan kontinjen negara mendahului pungutan pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) mendapat perhatian Dewan Negara.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara yang pada masa ini mendahului pungutan pingat emas.
"Tahniah kepada kontinjen negara. Sudah dapat 16 pingat emas (setakat pagi ini). Harap akan berterusan dan lebih banyak pingat boleh dikutip," katanya sebelum memulakan sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang mengetuai pasukan Malaysia memenangi dua pingat emas dan satu perak dalam acara kuda lasak semalam.
Katanya pencapaian itu satu kebanggaan kepada negara kerana baginda bukan hanya berjaya meraih pingat emas acara individu malah memecahkan rekod bagi sukan itu.
Sultan Mizan, yang tiba di garisan penamat dengan catatan masa tiga jam 48 minit 38 saat, meleburkan rekod enam jam 26 minit dan empat saat yang dibuat atlet Malaysia iaitu pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar, Sulaiman Muda.
Sehingga berita ini ditulis pada 12 tengah hari ini, Malaysia mengutip 17 pingat emas.
KL2017 berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2017

Abdul Halim (gambar) berkata, pencapaian Sultan Mizan satu kebanggaan kepada negara kerana baginda bukan hanya berjaya meraih pingat emas acara individu malah memecahkan rekod bagi sukan itu. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Kejayaan kontinjen KL2017 Malaysia dapat perhatian Dewan Negara
Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara yang pada masa ini mendahului pungutan pingat emas.