Kekasaran dalam program Nothing to Hide 2.0 terhadap mana-mana individu atau tokoh tidak sepatutnya berlaku walaupun berbeza pandangan dalam politik.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peristiwa seperti itu tidak seharusnya berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi.
Zahid turut melahirkan perasaan sedih dengan kekecohan yang berlaku dalam program Nothing To Hide 2.0 yang berlangsung pada Ahad.
"Polis akan terus menjalankan siasatan, mengambil tindakan dan pendakwaan jika terdapat pesalah sama ada di dalam parti berkenaan atau jika ada unsur luar yang mengganggu. Kita harap demokrasi dapat diterjemahkan dengan sebaik-baiknya di negara ini.
"Walaupun mungkin kita berbeza pendapat tetapi tentulah kekasaran kepada mana-mana individu atau tokoh tidak seharusnya berlaku," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Kongres Sedunia Persatuan Penyelidikan dan Kejuruteraan Alam Sekitar Hidro Antarabangsa (IAHR) Ke-37 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
BACA: Kekecohan Nothing to Hide 2.0: Armada dakwa serangan disasar kepada Tun Dr Mahathir
BACA: Kerusi 'terbang', bakar suar cemari program Nothing to Hide 2.0
Semalam, Forum 'Nothing to Hide 2.0' anjuran Armada PPBM bertukar kecoh ketika Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjawab soalan berhubung tragedi Memali yang berlaku pada 1985.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, polis akan menjalankan siasatan, mengambil tindakan dan melakukan pendakwaan jika terdapat kesalahan.
Ahmad Zahid berkata polis akan melakukan siasatan terperinci termasuk dakwaan ada kumpulan tertentu dalam UMNO yang mahu mensabotaj forum berkenaan.
"Pihak polis tentunya telah menjalankan tindakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditentukan dan kita akan mengizinkan sebarang perjumpaan, pertemuan dan perhimpunan yang diizinkan dalam Akta Perhimpunan Aman termasuk majlis yang dianjurkan oleh sebuah parti pembangkang.
"Saya akan arahkan polis untuk melakukan siasatan dan tindakan sewajarnya," jelasnya.
Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hampir diserang dalam kekecohan yang berlaku dalam program Nothing To Hide 2.0.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka disahkan berada dalam keadaan baik dan selamat.
Insiden kerusi terbang dan pembakaran suar berlaku ketika Dr Mahathir sedang berucap.
Wan Syamsul Amly
Mon Aug 14 2017

AHMAD ZAHID: Kekasaran dalam program Nothing to Hide 2.0 terhadap mana-mana individu tidak sepatutnya berlaku walaupun berbeza pandangan dalam politik. - Gambar fail
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.

Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.

Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.

Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.

Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.

Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.