Anak sulung Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub pasti arahan penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditandatangani bapanya semasa menjadi timbalan menteri dalam negeri dibuat selepas mendapat kebenaran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Datuk Megat Fairouz Junaidi berkata adalah sesuatu yang pelik jika kuasa sebesar itu diberikan kepada seorang bertaraf timbalan menteri selama 11 tahun tanpa pengawasan dan pengetahuan Dr Mahathir selaku menteri dalam negeri dan perdana menteri ketika itu.
"Kami (sekeluarga) harap Tun Mahathir yang sememangnya dihormati oleh arwah, hanya terlepas cakap semasa mengungkap kenyataan itu walaupun secara teknikal arwah mungkin menandatangani surat arahan tersebut.
"Dalam konteks penahanan ISA, jika benar arwah yang menandatangani surat penahanan, sudah pasti ia telah mendapat kebenaran dan pengetahuan malah kemungkinan besar ia adalah arahan Tun Mahathir sendiri selaku menteri dalam negeri dan perdana menteri (ketika itu)," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Megat Fairouz, yang mewakili dua lagi anak Allahyarham serta ibunya Puan Sri Faizah Shuaib mengulas laporan laman blog yang melaporkan Dr Mahathir menafikan beliau adalah menteri yang menandatangani perintah tahanan ISA sepanjang menjadi menteri dalam negeri dan perdana menteri.
Dr Mahathir dipetik sebagai berkata selepas mengambil alih sebagai menteri dalam negeri daripada Tun Musa Hitam pada 1986, yang berkuasa menahan mana-mana individu di bawah ISA, beliau telah menurunkan kuasa itu kepada Megat Junid sepanjang 11 tahun Allahyarham berkhidmat sebagai timbalan menteri dalam negeri di bawah pentadbirannya.
Bernama
Tue Aug 23 2016

Dr Mahathir dipetik sebagai berkata beliau telah menurunkan kuasa itu kepada Megat Junid sepanjang 11 tahun Allahyarham berkhidmat sebagai timbalan menteri dalam negeri di bawah pentadbirannya. - Gambar fail Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

Isunya bukan takut, tapi Mahathir cuba menghasut - Nazri
Mohamed Nazri berkata beliau 'pelik' dengan sikap Mahathir yang sangat prihatin dengan nasib orang Melayu ketika tidak ada kuasa.

Pemilihan UMNO: 10 ketua wanita Perak menang tanpa bertanding, tujuh muka baharu
Sepuluh ketua wanita UMNO bahagian di Perak diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026.

Singapura: Remaja 18 tahun rancang letup kubur Habib Noh ditahan bawah ISA
Seorang pelajar warga Singapura berusia 18 tahun ditahan pada Disember 2022 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Saifuddin ulangi tidak perlu pinda Sosma buat masa ini
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengulangi pendiriannya untuk tidak meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) buat masa ini.

Benarkah kanabis bantu rawat gangguan bipolar?
Isu penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan pada hakikatnya bukanlah sesuatu yang baharu dan ia kembali hangat diperkatakan.

Dua rakyat Singapura dibebaskan daripada tahanan ISA
Dua rakyat Singapura yang terlibat dengan aktiviti radikal dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), masing-masing pada Januari dan Februari 2022.

Usaha menyatukan UMNO-Pas sudah bermula sejak 1998 - Ahmad Zahid
Hubungan kedua-dua parti masih berjalan meskipun ada pihak tidak berapa senang dan berterusan mencari jalan untuk merenggangkan mereka.

Remaja 16 tahun ditahan rancang serangan dua masjid di Singapura
Pihak keselamatan Singapura telah menahan seorang remaja lelaki tempatan berusia 16 tahun di bawah ISA.