Keluarga pemandu bas ekspres Zakeer Zubir, 32, yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Pagoh, Johor Sabtu lepas sedia memberi kerjasama dalam siasatan kemalangan itu.
Bapa saudara kepada mangsa, Abdul Shukoor Rahim, 63, berkata keluarganya juga berharap laporan siasatan dapat dikeluarkan segera.
Beliau tidak menolak kemungkinan pihaknya mengambil tindakan undang-undang berhubung kemalangan itu.
Katanya, keluarga mereka telah melantik seorang peguam untuk membantu sekiranya terdapat sebarang ketidakadilan terhadap arwah.
Bercakap kepada pemberita di rumah keluarga Zakeer di sini pada Selasa, Abdul Shukoor berkata: "Kami ingin jawapan daripada pihak majikan mengapakah bas itu hanya dipandu arwah seorang pada ketika itu?.
"Sedangkan jarak perjalanan sangat jauh dari Pulau Pinang ke Johor dan pulang semula ke Kuala Lumpur.
Bas yang dipandu Zakeer terlibat dalam kemalangan di KM 137.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara yang mengorbankan 14 nyawa.
Mereka termasuk anak bongsunya, Nur Natasha Zahara, berusia setahun.
Isteri Zakeer, Miyarseh Kemat (warga Indonesia) cedera parah dan dirawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.
Dalam laporan semalam, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mengumumkan mereka akan mengeluarkan laporan awal mengenai kemalangan itu dalam tempoh dua minggu lagi.
Dalam pada itu di Muar, laporan terbaru menyatakan Miyarseh akan dipindahkan ke Hospital Besar Pulau Pinang malam ini atas permintaan keluarga suaminya.
Adik bongsu kepada Zakeer, Zahirah Zubir, berkata keluarganya telah mengambil keputusan untuk memindahkan kakak iparnya ke hospital Pulau Pinang kerana mereka tidak mempunyai ahli keluarga di Muar untuk melihat keadaan Miyarseh.
"Lagipun, kedua anak arwah iaitu Nur Zafeerah, 2, dan Nur Cahaya Zulaikha, 4, masih tidak dapat memahami situasi yang menimpa ibu bapa mereka dan sering mencari-cari ayah dan ibunya terutama pada awal pagi," katanya kepada Bernama.
Zahirah berkata ibunya, Rashidah Abdul Rahim, 60, turut melahirkan hasrat untuk bertemu dengan menantunya.
"Mak sudah beberapa hari hilang selera makan dan rindu untuk bertemu dengan Kak Miya," katanya.
Menurut Zahirah, 21, dia dan abang sulungnya, Zameer, 35, tiba di HPSF pada petang ini dan telah menguruskan sebuah ambulans untuk membawa kakak ipar mereka balik ke Pulau Pinang malam ini.
"Insya Allah, sekiranya cuaca mengizinkan, kami akan bertolak malam ini juga membawa 'Kak Miya' (Miyarseh) ke Hospital Besar Pulau Pinang," katanya.
Zahirah berkata keadaan kakak iparnya semakin stabil.
Miyarseh patah kaki kiri, cedera di bahagian kelopak mata dengan kesan 13 jahitan serta luka dan lebam di bahagian belakang badan.
Mengulas mengenai bayaran kos perubatan Miyarseh di HPSF, Zahirah berkata syarikat bas telah berjanji akan menanggung segala perbelanjaan namun meminta pihak keluarga mendahulukan wang sendiri terlebih dahulu.
Zahirah juga mengucapkan terima kasih kepada pihak HPSF kerana menyediakan pakar kaunseling bagi mengurangkan trauma kakak iparnya itu.
Bagaimanapun, mereka sekeluarga berharap agar orang ramai menghentikan komen negatif terhadap arwah abangnya di laman sosial, katanya.
Zahirah berkata keluarganya masih bersedih dengan kehilangan abangnya. -- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2016
Keluarga pemandu bas ekspres Zakeer Zubir, sedia beri kerjasama dalam siasatan kemalangan itu. - Gambar fail
Jumlah pengguna TNB sehingga hari ini seramai 10.4 juta - PETRA
Jelas Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir , daripada jumlah itu 8.5 juta pengguna domestik dan 1.9 juta pengguna bukan domestik yang terdiri komersial, perindustrian dan pertanian.
KEADAANBANJIR_WEB
Keadaan banjir di tiga negeri, Kelantan, Terengganu dan Johor tidak banyak perubahan setakat sembilan pagi ini.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
MySalam: RM1.1 bilion dibayar, memanfaatkan 54,000 pesakit kritikal
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, MySalah pada asalnya dirancang untuk beroperasi lima tahun iaitu 2019 hingga 2023 dan telah dilanjutkan hingga 2025 .
Zoom dijenama semula sebagai syarikat perkhidmatan komunikasi AI
Penjenamaan semula ini adalah untuk orang ramai tidak lagi melabel Zoom sebagai syarikat yang menawarkan ciri panggilan video semata.
Saringan Minda Sihat mekanisme tangani gangguan emosi murid
Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali kepada Tahun 5 hingga Tingkatan 6 bagi mengenal pasti murid yang mungkin mengalami masalah gangguan emosi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemansuhan peperiksaan antara langkah mengurangkan tekanan murid
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM kini memberi tumpu kepada pembelajaran inkuari, eksplorasi, pengalaman dan pentaksiran bilik darjah yang dilihat lebih holistik untuk menilai murid.
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam.
Keluarga pemandu bas ekspres mungkin ambil tindakan undang-undang
Keluarga pemandu bas ekspres Zakeer Zubir, 32, yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Pagoh, Johor Sabtu lepas sedia memberi kerjasama dalam siasatan kemalangan itu.
MB Kedah semakin pulih, bakal pengerusikan mesyuarat EXCO di hospital esok
Menteri Besar Kedah akan mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Hospital Besar Pulau Pinang, Rabu ini.