Keluarga ahli kimia Korea Utara Ri Jong-chol, yang ditahan berhubung pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, mungkin sedang menyembunyikan diri.
Ini susulan penangkapan Jong-chol oleh polis pada 17 Feb bagi membantu penyiasatan mengenai pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2), empat hari sebelum itu.
Perintah reman terhadap suspek berusia 47 tahun itu berakhir esok.
BACA: Lelaki Korea Utara akan dibebaskan, dihantar pulang - Peguam Negara
BACA: Warga Korea Utara perlu visa ke Malaysia bermula Isnin
Tinjauan Bernama di sebuah unit kondominium di Jalan Kuchai Lama, tempat tinggal terakhir keluarga itu, mendapati ia berkunci.
Menurut seorang jiran, isteri suspek dalam kes pembunuhan itu serta dua anak mereka, meninggalkan unit berkenaan secara tergesa-gesa beberapa jam selepas Jong-chol, juga seorang pakat IT, ditangkap.
"Saya tidak tahu mereka (keluarga Jong-chol) pergi ke mana. Isteri dan anak-anak Jong-chol pergi dengan tergesa-gesa. Kami masih dalam keadaan terkejut dengan apa yang berlaku," katanya.
Wartawan Bernama yang membuat tinjauan ke unit kediaman keluarga itu dan cuba mendapatkan maklumat tempat mereka mungkin berada, diiringi dua pengawal keselamatan, yang memberi amaran supaya tidak merakam sebarang gambar atau peralatan kamera akan dirampas.
Bernama difahamkan bahawa penduduk kondominium itu meminta kawalan keselamatan dipertingkatkan berikutan penangkapan Jong-chol.
Dua suspek lain, Siti Aisyah, 25, warga Indonesia, dan Doan Thi Huong, 28, rakyat Vietnam, dikenakan pertuduhan di Mahkamah Majistret Sepang semalam, berhubung pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara yang hidup tersisih itu.
Menurut laporan, Jong-nam berada di klia2 pada 13 Feb untuk menaiki pesawat ke Macau apabila dua wanita didakwa menyapu mukanya dengan cecair toksik, yang kemudian dikenal pasti sebagai agen saraf 'VX'.
Jong-nam, yang dilaporkan meminta pertolongan di kaunter khidmat pelanggan lapangan terbang selepas itu, segera diberi bantuan untuk dihantar ke Hospital Putrajaya, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sana.
Mangsa tiba di Malaysia pada 6 Feb.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2017

Keluarga Ri Jong-chol, yang ditahan berhubung pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, mungkin sedang bersembunyi. - Gambar fail

Dua lelaki didenda miliki mercun, bunga api secara haram
Dua lelaki didenda di Mahkamah Majistret Dungun di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit.

Dana beli ubat kanser cukup, bapa Nur Sumayyah ucap terima kasih
Bapa kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menghidap kanser neuroblastoma berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang dana pembelian ubat khas bagi rawatan penyakit itu.
Awani Global: Gaza - Gencatan Senjata Penuh Dan Pelan Pembangunan Semula
Sejauh mana akan berlaku rundingan gencatan senjata sepenuhnya dalam menuju pelan pembangunan semula Gaza? Apakah strategi dan komitmen pelaksanaan pelan pembinaan semula Gaza yang berlandaskan prinsip undang-undang dan rangka kerja politik yang lebih jelas? Diskusi dan analisis bersama hos Nazri Kahar dalam AWANI Global 9 malam ini

61 kawasan di Seberang Perai lakukan aktiviti tambun tanah tanpa kebenaran
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengesan 61 kawasan di seluruh Seberang Perai melakukan aktiviti menambun tanah tanpa kebenaran atas kawasan bendang sejak tahun lepas.

202 lokasi PJRM di Negeri Sembilan sempena Ramadan - KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di 202 lokasi di seluruh negeri sempena Ramadan.
Budaya berbuka puasa di luar
Wartawan Khalis Kadir melakukan tinjauan orang ramai berbuka puasa di Dataran Merdeka, Kuala LUmpur.

Selaraskan perundangan CCUS, elak pertindihan persekutuan dan Sarawak - TPM
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu di sini, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
AWANI Borneo [9/3/2025] – Jumlah Mangsa Meningkat | Perdagangan Karbon | Pitas Mula Berubah Wajah
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Banjir di Sabah dan utara Sarawak semakin memburuk
- Aktiviti perdagangan karbon di Sarawak tidak tertakluk kepada RUU CCUS 2025
- Kestabilan politik bantu daerah Pitas membangun lebih pantas.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Banjir di Sabah dan utara Sarawak semakin memburuk
- Aktiviti perdagangan karbon di Sarawak tidak tertakluk kepada RUU CCUS 2025
- Kestabilan politik bantu daerah Pitas membangun lebih pantas.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Ke mana 'hilangnya' 10,000 calon SPM? Perlu ada laluan alternatif
Di sebalik ketidakhadiran lebih 10,000 pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, jelas wujud keperluan mendesak untuk kerajaan menyediakan laluan pendidikan alternatif.

Kepulangan Siti Aisyah disambut dengan air mata
Kepulangan Siti Aisyah ke pangkuan keluarga selepas lebih dua tahun ditahan dalam menjalani proses pengadilan di Malaysia.

Prosiding Jong Nam: Perbicaraan hari kesembilan di KLIA2
Perbicaraan hari kesembilan kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong Nam bermula pukul 9.20 pagi tadi di Balai Polis, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).

Malaysia miliki kepakaran mengesan dan menganalisis Agen Saraf VX
Malaysia mempunyai kepakaran dan teknologi untuk mengesan dan menganalisis Agen Saraf VX yang digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Pembunuhan Kim Jong Nam: Polis siasat bagaimana senjata kimia dibawa masuk
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang menyiasat bagaimana bahan kimia jenis 'Agen Saraf VX' yang telah diharamkan, berjaya dibawa masuk ke Malaysia.