Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort lokasi terakhir warganegara Ireland Nora Anne Quoirin, 15 tahun, yang hilang pada 4 Ogos lalu adalah milik remaja itu.

Bercakap di sidang media di Hospital Tuanku Jaafar, di sini, pengesahan dibuat selepas keluarga mangsa membuat pengecaman terhadap mayat berkenaan di hospital itu sebentar tadi.


Sebelum itu Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui petang tadi ditemui dalam keadaan tidak berpakaian.

Jelas Mazlan, mayat berkenaan ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort lokasi terakhir Nora Anne Quoirin, 15 tahun, yang hilang.

BACA: Mayat dijumpai tidak berpakaian - Timbalan KPN




Terdahulu, dalam kejadian pada 4 Ogos lalu, Nora Anne yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya dari London pada Sabtu untuk percutian dua minggu, sebelum Nora Anne dilaporkan hilang.




Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan.