Sekumpulan aktivis memohon keprihatinan kerajaan mengeluarkan kanabis atau ganja daripada senarai Jadual 1 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi membolehkan kajian saintifik dilakukan untuk membuktikan tumbuhan itu selamat digunakan dalam lapangan perubatan.
Di Malaysia, ganja disenaraikan di bawah Jadual 1 dalam akta tersebut dan ia melarang seseorang mengimport, menanam, memiliki, memindah atau menggunakan bahan berkenaan.
Presiden Malaysia Society of Awareness, Intan Mustika Putri Mokhtar berkata, kerajaan tidak boleh memberi kelulusan terhadap penggunaan ganja di Malaysia kerana tiada sebarang kajian berkaitan yang dijalankan di dalam negara.
“Kanabis boleh merawat penyakit, melindungi saraf dan menjana sel-sel otak. Namun, kaedah ini ditolak oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan barisan doktor di Malaysia kerana mereka tidak melihat kajian yang dilakukan di luar negara dengan teliti, contohnya di Israel.
“Malangnya di negara ini, kita tidak boleh langsung nak kaji atau tanam. Terlalu banyak karenah birokrasi.
"Memandangkan ganja itu berada dalam Jadual 1, ia tidak ada sebarang manfaat kepada bidang perubatan, sekali gus mustahil untuk kita kaji.
"Selagi ia masih di bawah akta yang ditetapkan, selagi itulah kita tak akan dapat membuat kajian,” katanya semasa menyampaikan ulasan pada program Global Cannabis Awareness Day di sini hari ini.
Program itu buat julung kalinya diadakan bertujuan memberi pendedahan berkenaan kepentingan ganja dalam merawat penyakit, terutamanya penyakit kronik seperti barah.
Dalam pada itu, pakar perubatan Dr Sakhti Ras Thaman berpendapat, KKM perlu mengambil langkah menyebarkan kesedaran tentang kaedah perubatan menggunakan ganja.
“Bukan satu atau dua negara, malah lebih 20 negara di seluruh dunia sudah mula menggunakan ganja sebagai perubatan.
“Bagaimanapun, apa yang kita nampak dalam negara kita ini, kurang kesedaran. Bukan hanya kepada orang ramai, tapi juga kurang kesedaran daripada pakar-pakar perubatan.
“Apa yang penting, dos ganja dalam perubatan ini mustahil menyebabkan kematian seseorang berbanding paracetamol. Jadi, kita perlu menukar persepsi, rawatan ganja itu sebenarnya baik,” jelasnya.
Sahlizah Mohamed
Sat Apr 20 2019

Sebahagian aktivitis yang terlibat dalam sesi dialog Global Cannabis Awareness Day di Kuala Lumpur pada Sabtu. - Astro AWANI

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.

Ubur-ubur api terdampar di Terengganu bukan dari perairan tempatan
Ubur-ubur api atau Portuguese Man of War yang terdampar di Terengganu mempunyai sengatan berbisa dan boleh mendatangkan kesan kecederaan teruk serta berbahaya.

IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.

Pengunjung pantai dinasihat berhati-hati kehadiran ulat bulu laut
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika mengunjungi pantai, susulan penemuan dua ulat bulu laut.

Permainan lato-lato undang risiko keselamatan - CAP
Adalah tidak wajar sekiranya Malaysia meluluskan permainan yang merbahaya kepada pengguna khususnya golongan kanak-kanak.

Paras tiga sungai di Kuantan lebihi paras bahaya
Sungai yang mencatat bacaan melebihi paras bahaya adalah Sungai Lembing, Sungai Kuantan dan Sungai Belat.

Banjir Johor: Tiga sungai rekod paras bahaya
Tiga stesen yang merekodkan data aras sungai di Johor mencatatkan tiga sungai telah melebihi paras bahaya dengan trend menaik setakat jam 8 malam ini sementara empat lagi merekodkan aras amaran.

Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Johor, Sabah - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor dan Sabah hingga Rabu ini.

Lima negeri rekod paras air pada tahap bahaya
Sebanyak lapan stesen kendalian JPS membabitkan Selangor, Sarawak, Pahang, Johor dan Melaka menunjukkan paras air berada pada tahap bahaya setakat pukul 8 malam tadi.

PRU15: Jangan upah orang 'kurang siuman' pasang bahan kempen - Polis
Polis mengingatkan parti politik agar tidak memasang bahan kempen di lokasi dan premis yang boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Paras sungai lepasi tahap bahaya di Langkawi, Yan, penduduk diminta berwaspada
Penduduk yang tinggal di berhampiran sungai terutama di Langkawi dan Yan diingatkan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan paras sungai lepasi tahap bahaya.