Polis mengklasifikasikan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari Limbang pada 27 Julai lepas sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata bedah siasat yang dijalankan di Hospital Miri semalam menunjukkan punca kematian kanak-kanak itu adalah kerana asfiksia akibat ditekap dengan sesuatu.
"Sepasukan anggota JSJ Limbang diketuai Inspektor Andrew Undum menahan ibu tiri mangsa yang berumur 22 tahun di rumah panjang di Kampung Terimah Lubai, Limbang pada 7.10 malam semalam," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata perintah reman akan dikeluarkan terhadap wanita itu di Limbang pagi ini bagi membantu siasatan kematian anak tirinya.
Sebelum ini, kes itu diklasifikasikan semula sebagai kematian mengejut, sementara menunggu keputusan bedah siasat dari Hospital Miri.
Pada 27 Julai kira-kira 9 malam, Dev berkata ibu tiri mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Limbang dengan mendakwa dia menemui anak tirinya terbaring tidak sedarkan diri di lantai bilik air di rumah mereka pada 4.20 petang.
"Dia berkata kanak-kanak itu bermain seorang diri di dalam bilik air semasa dia berada di dapur sebelum ternampak anaknya itu tidak sedarkan diri ketika kembali ke bilik air untuk memeriksanya," katanya.
Beliau berkata, wanita itu kemudian membawa mangsa ke Hospital Limbang yang mana kemudiannya disahkan meninggal dunia.
"Doktor yang memeriksa badan mangsa mendapati kesan lebam pada beberapa anggota badan mangsa, berbeza dengan dakwaan ibu tirinya," katanya.
Kematian kanak-kanak itu mengejutkan penduduk sekitar Limbang, sebuah bandar yang terletak berhampiran sempadan Brunei, 200km dari sini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2017

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata bedah siasat yang dijalankan di Hospital Miri semalam menunjukkan punca kematian kanak-kanak itu adalah kerana asfiksia akibat ditekap dengan sesuatu. - Gambar fail

Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen Syarikat Umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd.

60 rakyat Malaysia diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja
Operasi penyelamatan itu menyasarkan tempat-tempat yang terlibat dengan penipuan dalam talian di Poipet, berhampiran sempadan Kemboja-Thailand.

Pertumbuhan Malaysia kekal di atas trend 4.5 peratus, dipacu pelaburan, penggunaan - UBS
Ahli Ekonomi Kanan ASEAN dan Asia UBS bank berkenaan Grace Lim berkata pertumbuhan eksport juga dijangka kekal positif.
Thailand, China, Myanmar kerjaasma tangani jenayah rentas sempadan
Thailand akan mengadakan perbincangan tiga pihak bersama China dan Myanmar untuk menangani jenayah rentas sempadan.
Pemukiman Menteri Ekonomi fokus pengukuhan integrasi dagangan
Pengukuhan integrasi ekonomi serantau menjadi agenda utama Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN tahun ini.
Meta Platforms dilapor bangunkan projek bernilai 200 bilion dolar
Meta Platforms dalam perbincangan membangunkan pusat data baharu bagi projek kecerdasan buatannya bernilai lebih 200 bilion Dolar.
Japan Post rancang jual pegangan dalam Japan Post Bank
Japan Post Holdings merancang menjual sahamnya dalam Japan Post Bank dianggarkan berjumlah kira-kira 600 bilion Yen bersamaan 4.02 bilion dolar Amerika.

Kes bunuh penyanyi: Bedah siasat temui 14 kesan tikaman, termasuk 5 di dada
Polis mengesahkan terdapat 14 kesan tikaman, termasuk satu yang menembusi pembuluh darah utama, pada mayat penyanyi sambilan yang dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di Melaka.
Pasaran harta tanah 2024 rekod prestasi luar biasa
Pasaran harta tanah pada 2024 merekodkan prestasi luar biasa dengan bilangan dan nilai transaksi harta tanah mencecah rekod tertinggi sepanjang tempoh sedekad.
Maybank yakin pertumbuhan malaysia signifikan
Dalam sidang media berkaitan, presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Khairussaleh Ramli berkata Malaysia bakal merekodkan pertumbuhan signifikan bagi tahun 2025.

Kematian kanak-kanak tiga tahun di Limbang akibat ditekap sesuatu - Polis
Polis mengklasifikasikan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari Limbang pada 27 Julai lepas sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.