Jabatan Kesihatan Kedah mengesahkan bahawa kanak-kanak perempuan yang didera di Flat Paya Nahu, Sungai Petani, masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, di sini dan berada dalam keadaan stabil.
Sehubungan itu, maklumat yang diviralkan oleh seorang daripada pemilik akaun Facebook yang mengatakan kanak-kanak itu meninggal dunia pagi tadi adalah tidak benar dan sangat dikesali.
Pengarahnya Datuk Dr Norhizan Ismail berkata beliau dimaklumkan Pengarah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani bahawa kanak-kanak itu kini dalam keadaan stabil dan dirawat di wad kanak-kanak HSAH.
"Berita itu tidak benar kerana saya juga dimaklumkan oleh Ketua Jururawat Kanan Wad Kanak-Kanak di situ, mangsa masih mendapatkan rawatan dan keadaannya stabil," katanya dalam kenyataan di sini.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak memviralkan sesuatu perkara yang tidak sahih terutama yang melibatkan kematian kerana boleh mengganggu perasaan anggota keluarga dan mereka yang bersimpati dengan kejadian itu.
Semalam Dr Norhizan mengesahkan kanak-kanak perempuan itu didera ekoran terdapat beberapa kecederaan pada bahagian tubuh badan mangsa, namun secara keseluruhannya keadaan mangsa stabil dan berada di bawah pemerhatian pakar.
Dalam kejadian 1.25 pagi semalam, pergaduhan seorang wanita berusia 26 tahun (ibu mangsa) dan teman lelakinya berusia 34 tahun membongkar penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dibalut kain selimut di dalam tong ikan di sebuah bilik dalam rumah terbabit.
Kanak-kanak itu dipercayai mati didera pada 9 Nov lepas dan turut didera kakak mangsa berusia empat tahun yang kini masih dirawat di HSAH.
Ekoran kejadian itu, polis menahan kedua-dua suspek iaitu ibu kepada dua beradik itu dan teman lelakinya kira-kira jam 6 pagi di flat berkenaan dan mereka di dapati positif dadah amphetamine.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mendera. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2016
Jabatan Kesihatan Kedah mengesahkan bahawa kanak-kanak perempuan yang didera di Flat Paya Nahu, Sungai Petani, masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, di sini dan berada dalam keadaan stabil - fotoBERNAMA
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM
KPT memaklumkan bahawa langkah itu untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang.
Kanak-kanak empat tahun disyaki didera rakan ibu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera di badan dan mata disyaki didera penjaga sementara yang juga rakan kepada ibunya, di Taman Desaria, Petaling Jaya.
PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM
Kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan pada 1 November.
Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan
Mangsa mendakwa telah dicederakan oleh dua wanita tersebut menggunakan tukul, pengepit besi serta seterika panas.
Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Suri rumah ditahan dera anak tiri, kurung dalam tandas
Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak tirinya yang berusia sembilan tahun sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepala, lengan dan mata.
Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari
Reman dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak
Kedua-dua suspek ditahan di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur di sini kira-kira 8 malam selepas aduan oleh orang awam.
Menantu dari 'neraka' rakam suami aniaya ibu kandung
Warga emas itu tidak berdaya mempertahankan diri ketika ditampar pipinya dan diseret oleh anak lelaki sulungnya itu.