Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Datuk Zakaria Arshad tampil memberikan keterangannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), petang ini.

"Saya diminta datang oleh SPRM, jadi saya datang. Tapi jujurnya saya sudah bersedia," kata Zakaria, ketika ditemui di perkarangan ibu pejabat SPRM.

Beliau tiba sekitar 2.30 petang, membawa beberapa dokumen yang diperlukan untuk membantu siasatan berhubung kemelut yang melanda FGV.

Astro AWANI difahamkan, Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Samad juga turut dipanggil memberikan keterangan pada 5 petang ini di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, suruhanjaya itu telah menerima beberapa maklumat mengenai isu di FGV, sebelum ini.

Lembaga Pengarah FGV pada Selasa mengarahkan Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Abd. Karim bercuti susulan siasatan yang telah dilakukan oleh syarikat audit, PricewaterhouseCoopers yang tidak boleh dinyatakan kepada umum.

BACA: FGV: Zakaria luah perasaan di laman Twitter

BACA: Kemelut FGV: Bagaimana ia bermula



Sementara itu, Azam ketika dihubungi Astro AWANI hari ini memaklumkan Mohd Isa tidak akan hadir hari ini untuk memberikan keterangan