Menerusi muat naik status di akaun media sosial baginda, Sultan Ibrahim bertitah masih ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri.
Ujar baginda, dalam keadaan rakyat yang sedang susah, wakil rakyat dilihat langsung tidak peduli dan sanggup menambah derita rakyat.
“Saya tidak boleh tengok rakyat saya menderita, dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan.
“Saya telah bersumpah untuk menjaga dan membela nasib rakyat dan negeri saya pada setiap masa.
“Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta,” titah baginda.
Justeru, baginda akan memberi peluang kepada rakyat negeri Johor untuk memilih wakil mereka yang baharu.
Malah, baginda berharap supaya rakyat dapat memilih pemimpin yang betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat dan negeri dan bukan untuk parti atau diri sendiri.
Baginda mengakhiri muat naik status tersebut dengan sepotong hadis Rasulullah SAW:
Rasulullah ditanya tentang mereka yang meminta untuk memegang kepimpinan lalu Rasulullah bersabda:
“Kami tidak memberikan kepimpinan kepada mereka yang memintanya, dan bukan pada mereka yang tergila-gilakan jawatan kepimpinan.” (Sahih al-Bukhari, no: 7149)
“Kami tidak memberikan kepimpinan kepada mereka yang memintanya, dan bukan pada mereka yang tergila-gilakan jawatan kepimpinan.” (Sahih al-Bukhari, no: 7149)