Kementerian Kesihatan akan menyiasat dakwaan berlaku penularan demam campak dan cacar air di Kuala Lumpur.
Perkara berkenaan disahkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika dihubungi Astro AWANI.
Dakwaan penularan itu tercetus selepas pegawai kesihatan melakukan pemeriksaan ke atas sebuah klinik di ibu negara, berhubung stok vaksin yang dijual.
Kebimbangan berhubung penularan campak dan cacar air itu turut disuarakan seorang pegawai perubatan yang enggan dikenali.
Beliau mendakwa kliniknya dikunjungi sepasukan pegawai dari kementerian kesihatan.
“Itu yang dimaklumkan, ada juga kumpulan jururawat yang pergi rumah ke rumah untuk menyemak rekod vaksin kanak-kanak.
"Jadi apa yang disyaki ialah peningkatan risiko jangkitan wabak di kawasan itu. Jadi mereka juga telah mengaktifkan sistem pencegahan untuk menangani penyebaran di kawasan itu,” katanya.
Tambahnya, pemeriksaan itu dijalankan dua minggu lepas.
Beliau turut memaklumkan pemeriksaan dipercayai bagi memastikan stok vaksin demam campak dan cacar air berada di tahap optimal.
“Jaringan sejuk vaksin sangat penting untuk memastikan vaksin yang diberi kepapa pesakit berada dalam keadaan optimal untuk befungsi.
“Asasnya, jika ada masalah pada jaringan sejuk vaksin, vaksin tidak lagi optimal, akan jadi tidak berguna atau seperti yang berlaku dalam satu kes, penularan wabak demam campak disebabkan cold chain yang tidak diperiksa keberkesanannya,” katanya lagi.
Berdasarkan pengalamannya, pemeriksaan adalah selari dengan prosedur operasi standard, SOP, bagi menghalang penyebaran penyakit berjangkit.
Bagaimanapun katanya tiada sebarang penjelasan diberi pasukan berkenaan.
Pihaknya juga diminta merujuk kepada kementerian kesihatan untuk maklumat lanjut.
Sathesh Raj
Sun Jul 26 2015

Dakwaan penularan itu tercetus selepas pegawai kesihatan melakukan pemeriksaan ke atas sebuah klinik di ibu negara. - Gambar Hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

COVID-19 mungkin ada selama-lamanya - Pakar
COVID-19 hampir sama dengan virus influenza menyebabkan ia memerlukan inokulasi berulang pada skala global.

COVID-19 hampiri tahap pandemik - WHO
Sesebuah wabak itu boleh dikategorikan sebagai pandemik apabila ia meliputi kawasan yang besar, menjangkiti jumlah mangsa yang banyak dan menyebabkan kematian yang banyak disebabkan wabak berkenaan.

Kementerian Kesihatan siasat dakwaan penularan demam campak di Kuala Lumpur
Kementerian Kesihatan akan menyiasat dakwaan berlaku penularan demam campak dan cacar air di Kuala Lumpur.