Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan akan wujud kumpulan yang akan mencetuskan huru hara dalam perhimpunan haram Bersih 4.0 hujung minggu ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata kumpulan anarki dalam perhimpunan haram berkenaan bertujuan mencetuskan provakasi terhadap polis supaya pihak berkuasa menggunakan kekerasan terhadap peserta.
"Tindakan provokasi berkenaan adalah untuk menyebabkan polis dipersalahkan kerana menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan haram itu sekali gus akan meningkatkan kebencian terhadap pihak berkuasa dan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Nur Jazlan berkata, polis akan menggerakkan kira-kira 4,000 anggotanya bagi memastikan ketenteraman awam serta keselamatan rakyat ketika perhimpunan haram berkenaan dan tidak akan bertolak ansur bagi mengelakkan berlaku sebarang tindakan yang mengancam nyawa masyarakat.
Katanya, perhimpunan haram berkenaan yang turut diadakan di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur selain Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah membabitkan kos tinggi berjuta ringgit terhadap kerajaan berikutan perlu menggerakkan sejumlah besar anggota polis serta kelengkapan semata-mata untuk mengawasi peserta perhimpunan berkenaan.
Bersih 4.0 - Empat perkara anda perlu tahu sebelum hujung minggu ini
Nur Jazlan berkata, lebih menyedihkan apabila peserta perhimpunan haram Bersih 4.0 itu sebenarnya diperalatkan pembangkang yang menjadikan mereka sebagai alat politik untuk menumbangkan kerajaan.
"Saya melihat persamaan dengan perhimpunan Bersih tahun 2012, di mana pemimpin BersIh ketika itu penyertaan parti politik pembangkang sudah merosakkan matlamat untuk berhimpun secara aman apabila tercetusnya kekacauaan.
"Sebenarnya, apa yang diperkata penganjur perhimpunan haram berkenaan sebagai hak untuk berhimpun serta mempunyai usaha murni adalah pembohongan semata-mata kerana terbukti ia didalangi ahli politik pembangkang," katanya.
Nur Jazlan berkata, jika rakyat benar-benar sudah tidak mempercayai kerajaan Barisan Nasional (BN) mereka hanya perlu menunggu dua tahun lagi sebelum Pilihanraya Umum (PRU) 14 diadakan.
Katanya, motif berhimpun secara haram ini dengan cuba mengambil semangat menyambut Hari Kemerdekaan adalah demi kepentingan segelintir pihak yang jelas mengenepikan hak majoriti rakyat Malaysia yang hidup aman dan tenteram selama ini.
"Saya benar-benar berharap supaya rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 ini kerana kemungkinan kekacauan berlaku amat tinggi disebabkan kita tidak mengetahui tujuan sebenar disebalik perhimpunan tersebut.
"Untuk itu saya benar-benar berharap supaya rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 ini kerana kemungkinan kekacauan berlaku amat tinggi disebabkan kita tidak mengetahui latar belakang peserta demonstrasi berkenaan yang mungkin terdiri daripada kumpulan yang mahu mengambil kesempatan menimbulkan huru hara.
"Atas sebab itu, polis tidak bersetuju dengan kaedah demontrasi kali ini kerana tiada siapa yang jelas boleh dipertanggungjawabkan apabila menanggung kecederaan dan berlaku kerosakan harta benda serta," katanya.
Astro Awani
Thu Aug 27 2015
NUR JAZLAN: Apa yang diperkata penganjur sebagai hak untuk berhimpun serta mempunyai usaha murni adalah pembohongan semata-mata kerana terbukti ia didalangi ahli politik pembangkang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemungkinan amat tinggi kekacauan berlaku semasa Bersih 4.0 - Nur Jazlan Mohamed
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan akan wujud kumpulan yang akan mencetuskan huru hara dalam perhimpunan haram Bersih 4.0 hujung minggu ini.
Negara sengsara jika BN kalah, Pakatan akan tadbir secara anarki - Tun M
Dr Mahathir turut bimbang masa depan negara akan menjurus kepada pentadbiran anarki sekiranya pembangkang menang pada pilihan raya akan datang dan mereka diberi mandat memerintah.