Kenaikan tarif air yang dirancang dilaksanakan di seluruh negara mampu meningkatkan penyampaian kualiti perkhidmatan bekalan air terawat kepada rakyat di seluruh negara.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar berkata menerusi kenaikan itu, kerajaan akan mempunyai keupayaan kewangan lebih kukuh untuk berbelanja bagi kemudahan perkhidmatannya termasuk mengurangkan Air Tidak Terhasil (NRW).
Katanya menerusi pengurangan NRW, bekalan air akan dapat disalurkan ke kawasan yang tiada bekalan air dan kawasan yang mempunyai bekalan air bertekanan rendah.
"Untuk mengurangkan hanya satu peratus NRW, yang pada ketika ini berada pada tahap 35 peratus, kita perlu berbelanja sebanyak RM800 juta sehingga RM1 bilion," katanya pada sidang media selepas meninjau Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Linggi Fasa 4, di sini.
Beliau turut menggesa syarikat-syarikat pembekal air di seluruh negara supaya tampil dan menyatakan tahap keberkesanan penyampaian perkhidmatan mereka kepada rakyat pada ketika ini bagi memastikan kenaikan tarif air yang dirancang itu mampu memberikan kesan positif.
Beberapa media hari ini melaporkan Dr Xavier berharap perbincangan mengenai tarif air yang baharu dengan negeri-negeri dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan PLSB Sungai Linggi Fasa 4 bernilai RM62.834 juta yang dijadualkan siap pada April 2021 akan memberikan perlindungan kepada 3,600 penduduk di kawasan sekitar daripada bencana banjir.
Beliau juga berkata satu program kempen kesedaran penjimatan air di seluruh negara akan dilancarkan dalam masa terdekat dan beliau telah meminta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menyertakan pelajar sekolah di dalam program itu.
Menyentuh mengenai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang sedang berlangsung ketika ini, beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata kepimpinan Pakatan Harapan sudah pun turun ke kawasan DUN berkenaan untuk berkempen.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2019
Menerusi pengurangan NRW, bekalan air akan dapat disalurkan ke kawasan yang tiada bekalan air dan kawasan yang mempunyai bekalan air bertekanan rendah. - Gambar hiasan
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Kerajaan sasar tanam 100 juta pokok dalam tempoh lima tahun
Kesemua pokok ditanam itu memerlukan pengawalseliaan rapi dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM48,000 bagi setiap hektar, sepanjang tempoh tiga tahun penjagaan.
Hukuman lebih berat bagi yang terlibat dengan pencemaran air sedang dikaji
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli merancang untuk melihat semula Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
Temui Yi Yi, anak kedua panda gergasi
Pengumuman dibuat Menteri Air, Tenaga dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar di Pusat Konservasi Panda Zoo Negara sebentar tadi.
Perak mohon buka semula LRA Air Ganda
Bagaimanapun, pembukaan semula operasi loji itu bukan untuk kegunaan makan dan minum.
Perak belum putus naik tarif air
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Perak juga bukan antara enam negeri yang telah bersetuju dengan rancangan untuk menaikkan tarif itu.
Enam negeri setuju naik kadar tarif air
Beliau berkata persetujuan itu dicapai hasil rundingan kementerian bersama kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang masih lagi berjalan ketika ini.
Kebajikan pelajar MRSM daripada golongan B40 terus dipelihara
Kebajikan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) akan terus dijaga dalam usaha memastikan mereka mendapat pendidikan berkualiti.
Tarif air dijangka naik
Kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.
Pemilihan PKR: Azmin masih mendahului di Selangor
Fasa terakhir pemilihan di Selangor membabitkan enam lagi cabang daripada keseluruhan 22 cabang di negeri itu akan diadakan pada 28 Okt ini.
Peruntukan RM350 juta dimohon bina infrastruktur kawalan banjir
Permohonan itu masih berada di peringkat penilaian oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.