Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menganjurkan program Pendidikan Mata Wang di pasar malam Changlun di sini bagi mengelakkan orang ramai khususnya peniaga daripada menjadi mangsa penipuan wang palsu.
Ketua BNM Pulau Pinang Hasjun Hashim berkata mata wang ringgit mempunyai 10 ciri keselamatan yang boleh dikesan oleh orang awam, antaranya cetakan timbul, potret tanda bayang, tanda pandang telus pada angka 100 (bagi RM100), benang keselamatan kanta makro, petak kilat berwarna dan benang serat keselamatan.
"BNM juga telah membangunkan aplikasi My Ringgit yang boleh dimuat turun menggunakan Google Playstore pada telefon pintar untuk membuat imbasan pada wang kertas," katanya kepada pemberita pada program itu.
Pada program itu, Hasjun turut mengedarkan pamplet 'Kenali Mata Wang' kepada orang ramai dan peniaga di pasar malam itu untuk dijadikan sebagai rujukan.
Katanya sehingga kini enam pasar malam di wilayah utara telah dikunjungi BNM iaitu lima di Pulau Pinang dan satu di Kedah bagi memberi kesedaran serta pendidikan asas kepada orang ramai khususnya peniaga untuk membezakan wang tulen dan wang palsu.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga dan Pasar Malam Daerah Kubang Pasu, Shaimi Ahmad berkata, program diadakan BNM itu dapat membantu para peniaga dan orang ramai daripada ditipu pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan mereka menanggung kerugian.
"Penerangan dan demontrasi yang diberikan pihak BNM membolehkan kami (peniaga) lebih tahu untuk membezakan wang tulen dan wang palsu," katanya.
Peniaga soto, Faiizah Ismail, 54, berkata, setakat ini beliau belum pernah menerima wang palsu daripada pelanggan.
"Program ini patut diadakan sekerap mungkin agar mereka yang tidak bertanggungjawab tahu tindakan mereka sedang diawasi dan seterusnya dapat mengelak kes-kes penipuan duit palsu terus berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2018

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menganjurkan program Pendidikan Mata Wang di pasar malam Changlun di sini bagi mengelakkan orang ramai khususnya peniaga daripada menjadi mangsa penipuan wang palsu. -Gambar hiasan
Empat hari bekerja: Majikan perlu kreatif agar produktiviti tidak terkesan
Cadangan minggu kerja empat hari semakin mendapat perhatian, dengan kajian menunjukkan ia tidak menjejaskan produktiviti. Namun, majikan perlu lebih kreatif dalam melaksanakannya mengikut kesesuaian industri.
Pemimpin politik perlu bertindak sebagai jambatan perpaduan - Sultan Pahang
Dalam satu majlis perasmian masjid di Jerantut, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menekankan pentingnya pemimpin politik bertindak sebagai jambatan perpaduan.
Baginda menyeru agar pemimpin berhenti mempolemikkan isu raja, agama, dan kaum (3R) yang boleh mencetuskan perbalahan.
Baginda menyeru agar pemimpin berhenti mempolemikkan isu raja, agama, dan kaum (3R) yang boleh mencetuskan perbalahan.
[TERKINI] SPRM tahan 16 individu berkait kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 16 individu yang disyaki terlibat dalam rasuah berkaitan pendaftaran lewat kelahiran dan penggunaan dokumen sokongan palsu. Operasi yang dikenali sebagai Op Outlander dan Op Birth ini melibatkan serbuan ke atas beberapa premis di Lembah Klang dan Johor. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Ahmad Khusairi Yahaya, menyatakan bahawa penangkapan ini mencerminkan komitmen SPRM dalam memerangi rasuah dan memastikan keselamatan negara terjamin.

KPDN tahan enam termasuk lima warga asing seleweng minyak masak bersubsidi
Enam lelaki, termasuk lima warga asing ditahan kerana disyaki terlibat aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi di Semenyih, Selangor.

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Pengkreditan bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank - Fadhlina
Kementerian Pendidikan memperluas pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua bank bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan selamat.

CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.

ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.

Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.

Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.

Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.

Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.

Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.

Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.