Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli hari ini mempersoal tindakan provokosi sesebuah pihak yang menyifatkan perhimpunan Bersih 4 tidak berjaya berikutan kurang sambutan dan penyertaan daripada masyarakat Melayu.
"Ada yang cakap himpunan ini mungkin gagal sebab yang turun bukannya Melayu. Ini menunjukkan masih lagi yang bercakap atas nama perkauman.
"Saya yakin kalau kita memahami keadaan yang berlaku di negara kita sekarang, tidak kira bangsa apa sekalipun, patut berada di sini," jelasnya ketika berucap kepada peserta perhimpunan Bersih 4 di Jalan Raja, di sini.
Beliau juga menyeru kepada rakyat Malaysia untuk terus bersabar berhimpun memandangkan 'klimaks' Bersih 4 ini akan diadakan pada jam 12 malam nanti.
Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Tian Chua berkata sungguhpun kalau betul dakwaan yang menyatakan ramai masyarakat Cina yang turun berbanding Melayu, mereka hadir bukan atas dasar sentimen perkauman tapi atas dasar memperjuangkan hak-hak mereka sebagai rakyat Malaysia.
"Janganlah kita mengaitkan semua isu dengan perkauman. Bila reformasi bermula, adakah mereka kata gagal sebab masyarakat Cina tiada? Tiada pun yang kata gagal.
"Isunya adalah, universal. Masyarakat Cina yang datang sini bukan tuntut supaya masyarakat Cina diberi layanan yang lebih baik. Tiada langsung isu yang berkait dengan kaum.
"Apa yang mereka mahu adalah hak universal untuk rakyat Malaysia. Jadi saya tak nampak yang hadir hari ini dari masyarkat Melayu ke Cina ke India ke, mereka hadir sebab mereka rakyat Malaysia.
Jelasnya lagi, semua pihak harus hentikan sikap yang defensif dalam isu 'Melayu tidak datang Bersih4' ini.
Setakat jam 12 tengah hari, perhimpunan Bersih4 masih lagi berjalan lancar apabila peserta disajikan dengan pelbagai persembahan hiburan muzik bermula jam 10 pagi tadi.
Bunyi vuvuzela juga semakin berkurangan, menunjukkan peserta akur dengan larangan menggunakan vuvuzela yang digesa penganjur pada awal pagi Ahad.
Mariah Ahmad
Sun Aug 30 2015
Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli turut menyeru kepada rakyat Malaysia untuk terus bersabar berhimpun memandangkan 'klimaks' Bersih 4 akan diadakan pada jam 12 malam. - Gambar Astro AWANI/MARIAH AHMAD
Teknologi pengecasan tanpa wayar ada potensi besar berkembang di Malaysia -MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata teknologi pengecasan tanpa wayar bagi kenderaan elektrik (EV) mempunyai potensi untuk berkembang di Malaysia. Jelasnya, ia antara teknologi yang pesar membangun, berbanding teknologi pertukaran bateri yang memerlukan kos pembangunan fasiliti yang tinggi. #AgendaAWANI
RUU Sewaan Kediaman digubal secara neutral, tidak diskriminasi mana-mana kaum - KPKT
Sebarang penyediaan program perumahan serta penggubalan undang-undang dan peraturan berkaitan perumahan adalah bersifat neutral dan tidak meminggirkan atau mendiskriminasi mana-mana bangsa dan agama.
Standard Pertukaran Bateri akan diperkenalkan menjelang akhir tahun - MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata Standard Pertukaran Bateri atau Battery Swapping Standard akan dijangka akan diperkenalkan pada akhir tahun ini. Jelasnya, standard ini melibatkan kenderaan elektrik (EV) dua roda bagi memastikan akses kepada kenderaan EV lebih luas. #AgendaAWANI Agenda AWANI
PRR pertama akan dilancarkan pada 2025, sempena kepengerusian ASEAN Malaysia - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025. Jelasnya, ia sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia. #AgendaAWANI
PRR akan kuatkuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuatkuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan. Jelasnya, bagi penghuni yang tidak membayar komitmen tetap kepada PRR, maka individu tersebut akan dihalang daripada meningkat fasiliti di perumahan awam terbabit. #AgendaAWANI
Strategi ekonomi kitaran berjaya hasilkan ladang solar, tapak rekreasi - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata tapak pelupusan sisa pepejal ditransformasikan menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga. Jelasnya, ini merupakan hasil strategi ekonomi kitaran dibawah Pelan Tindakan Ekonomi Kitaran yang diperkenalkan tahun ini. #AgendaAWANI
AWANI 7:45 [5/11/2024] – SPRM ambil keterangan Vivy, suami | Tidak berhasrat rujuk semula | Subsidi RON95 untuk rakyat yang layak
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan AWANI 745 malam ini:
1. Skandal FashionValet, Vivy dan suami dirakam keterangan
2. Subsidi RON95 mungkin disalur menerusi Mykad atau e-dompet
3. Skor indkes kesihatan mental belia sederhana, ada tekanan, potensi masalah serius
4. Trump atau Harris? Dunia menanti penuh debaran, penentu landskap global
Tumpuan AWANI 745 malam ini:
1. Skandal FashionValet, Vivy dan suami dirakam keterangan
2. Subsidi RON95 mungkin disalur menerusi Mykad atau e-dompet
3. Skor indkes kesihatan mental belia sederhana, ada tekanan, potensi masalah serius
4. Trump atau Harris? Dunia menanti penuh debaran, penentu landskap global
Lebih 11,000 saman dikeluarkan dalam Op Khas Motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal 2024 sejak ia dilaksanakan pada 1 Nov lepas.
Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Kenapa cakap Bersih 4 gagal sebab tak ramai Melayu turun? - Hatta Ramli
Beliau juga menyeru kepada rakyat Malaysia untuk terus bersabar berhimpun memandangkan 'klimaks' Bersih 4 ini akan diadakan pada jam 12 malam nanti.