Mana-mana papan tanda nama jalan yang sebelum ini disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam bentuk tulisan Bahasa Melayu dan Jawi perlu dikekalkan dan amat tidak wajar apabila ada tindakan menukarnya ke tulisan bahasa lain.
Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Dr. Mohamad Saleeh Rahamad berkata, kelakuan menukar tulisan Jawi kepada bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Tamil boleh dianggap sebagai biadab.
Menurutnya, perbuatan itu biadab kerana cuba membuang khazanah Melayu, ini kerana tulisan Jawi adalah khazanah Melayu.
"Jadi membuangnya dan menempatkannya dengan tulisan bahasa Cina contohnya merupakan satu usaha yang sangat tidak harmoni dalam konteks Malaysia," katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas berkenaan papan tanda nama jalan di Shah Alam, Selangor yang sebelum ini meletakkan tulisan Bahasa Melayu dan Jawi kemudiannya ditukar kepada tulisan bahasa Cina dan mengekalkan Bahasa Melayu.
Mohamad Saleeh berkata, umumnya untuk menukar tulisan pada papan tanda nama jalan perlu mendapatkan kebenaran daripada PBT terlebih dahulu.
"Dan apabila PBT membenarkan tulisan Jawi diubah ke tulisan lain, ini satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
"Sama ada ini arahan daripada orang politik atau usaha PBT itu sendiri (menukar tulisan Jawi) jelas ini satu perbuatan yang perlu segera dibanteras," katanya.
Mohamad Saleeh memberitahu, perkara ini jika tidak ditangani dengan segera wujud kebarangkalian ia akan melarat di semua bandar khususnya mana-mana kawasan yang dipimpin oleh mana-mana parti politik yang ada kepentingan perkauman.
"Wujud juga kebarangkalian kaum lain menuntut agar bahasa mereka juga diguna pakai pada papan tanda nama jalan juga akan berleluasa," katanya lagi.
Terdahulu, seorang penduduk Shah Alam di akaun Twitternya mempersoalkan mengapa mesti papan tanda nama jalan di kawasannya bertulisan bahasa Cina.
Individu ini juga mempersoalkan mana hilangnya tulisan Jawi yang sebelum ini dugunakan pada papan tanda nama jalan itu.
Beberapa keping gambar juga di muat naik pada paparan Twitter itu dan tular di media sosial.
Dalam pada itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika memberi maklum balas kepada pengguna Twitter yang mengetengahkan isu ini memaklumkan, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor yang diadakan pada 13 Januari 2017 telah memutuskan penggunaan papan tanda nama jalan dwibahasa selain daripada rumi, penggunaan nama jalan di kawasan kampung tradisi menggunakan tulisan jawi manakala di kampung baru menggunakan tulisan bahasa Cina bersesuaian dengan komuniti penduduk di kawasan tersebut.
Sinar Harian
Sat Nov 17 2018
Tular papan tanda nama jalan yang ditukar ke bahasa Cina (kiri) dan maklum balas MBSA di Tittwer. - Foto Sinar Harian
Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari
Sarawak berada dalam kelompok lima negeri teratas di Malaysia dari segi prestasi ekonomi pada tahun lepas.
Lubang benam: Pasukan penyelamat bina tanjakan selamatkan pemandu trak
Pasukan tersebut berdepan kesukaran kerana lubang benam itu yang kini sepanjang sebuah kolam renang Olimpik, terus melebar sejak 28 Januari.
#AWANIRingkas 2 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 2 Februari 2025
1️⃣ Mangsa berkurangan ke 13,139 setakat 6 pagi Ahad
2️⃣ Aktiviti perdagangan dijangka meningkat
3️⃣ Kerajaan negeri Selangor panggil pihak pengurusan
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa berkurangan ke 13,139 setakat 6 pagi Ahad
2️⃣ Aktiviti perdagangan dijangka meningkat
3️⃣ Kerajaan negeri Selangor panggil pihak pengurusan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Kerajaan negeri Selangor panggil pihak pengurusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Salah buktikan kualiti dengan gol berganda ke atas Bournemouth - Slot
Kemenangan itu menyaksikan Liverpool kini berkelebihan sembilan mata di tangga teratas EPL.
Mangsa banjir di Sarawak masih lepasi angka 12,000, di Sabah turut meningkat
Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan namun masih melepasi angka 12,000 orang pagi ini.
Somalia bantu AS pertahan negara daripada ISIS
Somalia menerusi pasukan keselamatan puntland dilaporkan menawan beberapa lokasi penting yang didakwa menjadi sarang operasi kumpulan pelampau ISIS di wilayah itu.
Langkah itu sejajar dengan Arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkenaan pelancaran serangan udara bagi menyasar perancang serangan kanan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.
Langkah itu sejajar dengan Arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkenaan pelancaran serangan udara bagi menyasar perancang serangan kanan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.
Cadangan penutupan jalan secara kekal di Banda Hilir masih di peringkat kajian
Cadangan penutupan jalan secara kekal di kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini, masih di peringkat kajian.
Dua beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri
Lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.
Herry perlu masa tingkatkan prestasi Khai Xing-Aaron
Herry IP menyifatkan pasangan muda negara itu memiliki kualiti permainan yang agak bagus ketika ini.
Tampal pelekat bahasa Cina: DBKU tuntut permohonan maaf daripada DAPSY
DBKU menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak yang menampal pelekat dalam bahasa Cina.
Isu papan tanda bahasa Cina keputusan kerajaan negeri - Khalid Samad
Beliau menjelaskan, Kerajaan Persekutuan tidak mengetahui keputusan itu kerana segala kuasa melibatkan kerajaan negeri adalah dibawah PBT.
Sultan Selangor titah papan tanda tulisan Cina ditanggalkan
Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya semua papan tanda di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggal dan digantikan dengan papan tanda jalan dengan satu bahasa sahaja.
Kenapa tukar tulisan jawi di papan tanda jalan?
Mana-mana papan tanda nama jalan yang sebelum ini dalam bentuk tulisan Bahasa Melayu dan Jawi perlu dikekalkan.