Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diselar kerana mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk melepaskan jawatannya kerana dikatakan bakal didakwa di mahkamah selepas tidak lagi berada di kerusi perdana menteri.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, Najib tidak akan melakukan perkara demikian selagi isu dan masalah yang dikatakan berlaku pada era pentadbirannya belum diselesaikan.
"Najib mahu selesaikan masalahnya sekarang, isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan mungkin juga krisis Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV).
"Kerana dia pemimpin dan perdana menteri, jadi dia perlu berada di tempatnya sekali gus merungkai isu itu serta cari jalan untuk menyelesaikannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: Saya tidak pernah minta Najib letak jawatan - Dr Mahathir
Tajuddin mengulas gesaan Dr Mahathir untuk meletakkan jawatan dalam ucapannya semasa pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) di Yayasan Kepimpinan Perdana baru-baru ini.
BACA: 'Tun M tetap mahu saya letak jawatan walaupun tiada isu dengan 1MDB' - Najib
Dalam pada itu kata Tajuddin, Dr Mahathir juga tidak meletakkan jawatan semasa negara dilanda masalah pada zaman pentadbirannya dahulu.
"Pada masa itu isu Perwaja, Proton, kemelesetan ekonomi negara, masalah jambatan Pulau Pinang dan beberapa isu lain melanda negara. Tidak pula Dr Mahathir letak jawatan pada waktu itu. Dia selesaikan dahulu dan itu yang dilakukan Najib sekarang.
"Kalau suruh Najib letak jawatan, saya tanya pula, kenapa Dr Mahathir tidak letak jawatan dahulu semasa ada masalah melanda negara?" ujarnya.
BACA: Saya tidak akan tunduk tekanan letak jawatan - Najib
Najib sebelum ini dilaporkan berkata tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukannya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Katanya, selagi rakyat menyokongnya untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota UMNO terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka dia tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.
Wan Syamsul Amly
Mon Jun 22 2015

TAJUDDIN: 'Kenapa Tun M tak letak jawatan semasa negara ada 'problem' dulu?' - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.