KUALA LUMPUR:Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bayangan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai Belanjawan 2021 sebagai hambar dan berbaur ugutan.
Beliau berkata, bayangan yang dikeluarkan pada Sabtu itu juga disifatkan sebagai rencana untuk mengetepikan suara majoriti Ahli Parlimen.
BACA: Gaji penjawat awam, barisan hadapan tidak boleh dibayar jika Belanjawan 2021 tidak lulus
"Saya fikir ini satu kenyataan yang bersifat hambar dan berbaur ugutan serta sebahagian dari rencana untuk mengetepikan suara majoriti Ahli Parlimen.
"Saya yakin kita mampu mengemukakan Belanjawan atau pindaan yang lebih baik untuk kepentingan rakyat," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook miliknya pada Ahad.
Tegas Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, kerajaan digesa supaya meneliti semula Belanjawan 2021.
"Seperti yang saya tegaskan ketika membahaskan Belanjawan 2021 di Parlimen, soal emolumen penjawat awam, perbelanjaan mengurus dan utamanya untuk barisan hadapan serta kelengkapan perubatan dan kesihatan tetap dipertahankan.
"Saya ulangi gesaan untuk kerajaan teliti semula Belanjawan 2021. Pembangkang hanya mendukung sekiranya ia benar-benar belanjawan untuk memerangi COVID-19," katanya.
Pada Sabtu, Tengku Zafrul berkata kerajaan tidak akan dapat membayar segala komitmen termasuk pembayaran gaji penjawat awam dan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi COVID-19 sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat.
“Bagi saya, kalau belanjawan ini dapat menolong negara kita, jadi tiada sebab untuk belanjawan ini tidak diluluskan dan ditolak (Dewan Rakyat).
“Kalau ditolak, dari segi ekonominya kita tidak dapat bayar komitmen kerajaan termasuk untuk membayar bantuan kepada rakyat,” katanya.
Farhana Joni
Sun Nov 15 2020
Anwar sifatkan kenyataan Menteri Kewangan pada Sabtu sebagai hambar dan berbaur ugutan. -Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR.
"Saya serang Israel habis-habisan, tak tahu apa lagi cara boleh buat" - PM
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau tegaskan dalam konteks anggota UN, perkara yang dianggap hak keanggotaan itu yang disebut de facto tapi kita tidak pernah iktiraf dari zaman Tunku Abdul Rahman sampai sekarang. #SisiTVParlimen
Kaum India harap isu pemilikan ekuiti, pendidikan dan penyertaan sektor awam diberi tumpuan
Kesavan berkata meskipun terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam Belanjawan 2025, masyarakat India tetap menerima manfaat ketara.
Mayat dalam peti sejuk: Punca kematian akibat kecederaan di dada - Polis
Mangsa dipercayai dibunuh suspek pada Mac 2021.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Ernie Zakri tak sangka bawa pulang anugerah di SCTV Awards 2024
Menurut pelantun lagu Aura itu, dia hadir ke majlis itu hanya untuk membuat persembahan sahaja namun tidak menyangka akan membawa pulang satu anugerah.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Trump namakan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke NATO.
[TERKINI] Kemaman terus terjejas banjir, lebih 1,700 mangsa direkodkan
Tiga daerah di Terengganu masih terjejas dengan kejadian banjir melibatkan Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.
[TERKINI] Sidang Media PM Malaysia dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam
'Tak apalah Bersih bagi D... bukan F' - PM Anwar
Perdana Menteri optimis pentadbirannya akan mencapai 'gred' yang lebih baik pada masa akan datang.
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.
Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.
Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.
4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.
Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.
Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.