Prosiding perbicaraan inkuiri kematian anggota bomba dan penyelamat (JPBM) Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bermula 11 Februari hingga 24 Julai lalu.
Sebanyak 137 eksibit dan 30 saksi dipanggil memberi keterangan bagi membantu merungkai punca kematian Muhammad Adib.
Sudah pastinya tumpuan rakyat terarah ke Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini apabila Koroner, Rofiah Mohamad dijangka membacakan keputusannya jam 10 pagi.
Muhammad Adib, 24, cedera parah semasa bertugas ketika berlakunya rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ, November lalu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.
Astro AWANI akan berlintas langsung dari Mahkamah Koroner Shah Alam bagi membawakan laporan terkini inkues kematian Muhammad Adib bermula 9.30 pagi ini.