Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menyifatkan keputusan kerajaan menambah 60 peratus pengambilan matrikulasi sebagai sesuatu yang bersejarah
Dr Maszlee turut menyifatkan perkembangan itu sebagai sesuatu menguntungkan pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Jelas beliau, kerajaan percaya semua pelajar berhak mendapat peluang untuk memasuki matrikulasi dan kerana lebih banyak peluang diberikan kepada bukan Bumiputera berbanding sebelum ini.
"Yang pasti keputusan matrikulasi baru-baru ini telah menyaksikan pertama kali dalam sejarah bagi menyaksikan bukan Bumiputera diberi ruang yang begitu banyak, sebelum ini 2,500 sahaja kali ini 4,000.
"Ia dilakukan tanpa mengorbankan kerusi Bumiputera. Bumiputera masih menikmati 90 peratus namun lebih banyak kerusi untuk bukan Bumiputera boleh diberikan," katanya ketika sidang media khas di kementeriannya hari ini.
Maszlee menjelaskan matrikulasi bukan satu-satunya program untuk melanjutkan pendidikan di peringkat tinggi.
Program matrikulasi merupakan kursus pra-universiti yang diadakan khas untuk kemasukan ke universiti awam tempatan.
Baru-baru ini, Kabinet memutuskan untuk mengekalkan kuota 10 peratus untuk pelajar bukan Bumiputera namun jumlah pengambilan pelajar ditingkatkan sebanyak 60 peratus.
Irwan Muhammad Zain
Mon Apr 29 2019

Maszlee berkata, kerajaan percaya semua pelajar berhak mendapat peluang untuk memasuki matrikulasi dan kerana lebih banyak peluang diberikan kepada bukan bumiputera berbanding sebelum ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

UiTM: 'Soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya' - Shahidan
Sebarang soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya, terutamanya di Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

UiTM: Kerajaan tidak pernah bincang buka kepada bukan Bumiputera
Menurut Zambry, perkara itu tidak dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahupun Kabinet.

Lebih ramai bukan Bumiputera diseru sertai ATM
Lebih ramai rakyat bukan bumiputera diseru menyertai perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya dalam pasukan tentera darat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bukan Bumiputera dalam ATM kurang 3 peratus
Faktor kerja yang susah dan gaji yang rendah dikenal pasti punca, komuniti bukan bumiputera kurang minat menyertai perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Program pembasmian kemiskinan ambil kira pelbagai faktor - Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bagi memastikan kekayaan dapat diagih dan dinikmati secara bersama.

Keputusan Kabinet dalam isu matrikulasi 'sesuatu yang bersejarah' - Maszlee
Menteri Pendidikan turut menyifatkan perkembangan itu sebagai sesuatu menguntungkan pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera.

1,000 tawaran khas Program Matrikulasi kepada pelajar kaum cina B40 - Maszlee
Kementerian Pendidikan mengumumkan seribu penawaran khas kemasukan ke Program Matrikulasi KPM kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada kaum cina berpendapatan rendah B40.