Kerajaan akan menggariskan satu penyelesaian dan dasar yang adil dan saksama kepada pihak pemandu teksi, Uber dan GrabCar di Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, penyelesaian itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
Najib berkata beliau faham dan prihatin terhadap masalah dan rungutan dalam kalangan pemandu teksi disebabkan oleh penggunaan perkhidmatan pemandu kereta Uber dan GrabCar di Malaysia yang dilihat mengganggu pendapatan mereka.
“Saya ada membaca laporan mengenai protes oleh pemandu teksi di Bukit Bintang baru-baru ini.
“Pertama sekali, syabas dan tahniah kepada pihak Polis Diraja Malaysia yang bertindak pantas dan profesional dengan mengawal keadaan trafik di sana serta memberi peluang kepada pemandu teksi untuk bersurai terlebih dahulu sebelum tindakan seterusnya diambil.
“Keduanya, isu ini bukanlah eksklusif di Malaysia malah dihadapi dan sedang diteliti di banyak negara.
“Sepertimana yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Kerajaan sedang mengkaji dan meneliti cadangan-cadangan bagi menangani dua isu pokok di sini iaitu pertamanya pendapatan dan kebajikan pemandu teksi dan keduanya isu kereta sewa seperti Uber dan Grabcar yang menggunakan aplikasi telefon pintar,” katanya dalam entri terbaru dalam blognya hari ini.
BACA: Pemandu teksi protes Uber & GrabCar punca kesesakan trafik di Bukit Bintang
BACA: Perbaiki perkhidmatan untuk bersaing dengan Grabcar, Uber - Tengku Adnan
Najib berkata terdapat pelbagai faktor yang Kerajaan perlu pertimbangkan dan mengimbangi dalam hal ini seperti elemen inovasi, persaingan dan sebagainya.
“Dalam era serba canggih dan berinovasi ini, kita perlu bersedia untuk menerima dan bergerak seiring dengan perkembangan teknologi.
“Persaingan mesti juga dilihat sebagai batu loncatan dan bukan halangan agar perkhidmatan terbaik dapat dinikmati oleh rakyat.
“Biarpun begitu, Kerajaan tidak mengambil mana-mana pihak dalam hal ini. Kepentingan kedua-dua pihak pengguna dan penyedia perkhidmatan sedia ada tetap menjadi pertimbangan utama Kerajaan ketika rangka penyelesaian dibincangkan dan disediakan.
“Saya berharap tidak ada pihak yang bertindak mengikut emosi dan mengambil langkah drastik lagi seperti protes di jalanan yang hanya akan memudaratkan keadaan serta imej pihak tertentu dan tidak membawa apa-apa kebaikan langsung, terutamanya bagi pengguna perkhidmatan teksi,” tambahnya.
Pada Selasa, sekumpulan pemandu teksi di Bukit Bintang mengadakan mogok bagi membantah perkhidmatan GrabCar dan Uber.
BACA: 'Baguslah pemandu teksi mogok, orang cari Uber' - Harith Iskander
VIDEO: Uber, Grabcar: Pemandu teksi lancar protes di hadapan Pavillion
Kumpulan itu menutup laluan secara sengaja dengan memberhentikan kenderaan mereka sepanjang jalan Bukit Bintang sebagai tanda protes.
Protes itu dikatakan dilancarkan ekoran kegagalan SPAD mengambil tindakan terhadap perkhidmatan Uber dan GrabCar yang telah menjejaskan pendapatan mereka.
Perhimpunan itu telah menyebabkan kesesakan yang teruk di sekitar Jalan Bukit Bintang.
T K Letchumy Tamboo
Thu Mar 31 2016
![Kerajaan bakal garis penyelesaian adil bagi pemandu teksi, Uber dan GrabCar - Najib Kerajaan bakal garis penyelesaian adil bagi pemandu teksi, Uber dan GrabCar - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61459240612_ProtesTeksiPavillion.jpg)
Pada Selasa, sekumpulan pemandu teksi di Bukit Bintang mengadakan mogok bagi membantah perkhidmatan GrabCar dan Uber. - Gambar fail
![‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual ‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739080514_tbjurujualSetiaC.jpg)
‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual
Beberapa jurujual menyifatkan insiden tembak di Setia City Mall, Setia Alam malam tadi satu kejadian yang tidak dapat dilupakan.
![LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739074725_tbLBSCNY.jpg)
LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS).
![Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739074106_tbPusatIslamNiger.jpg)
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ibadan, Nigeria yang dibina hasil pemberian sumbangan MAIPs pada Julai 2024, kini telah mula beroperasi.
AWANI Ringkas: Setia City Mall kembali beroperasi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam himpunan mogok lapar ahli keluarga banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh pada Sabtu.
Insiden tembak: Perkembangan terkini dari lokasi kejadian
Perkembangan terkini dari lokasi kejadian insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam bersama Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim.
![Perspektif Syafiq Kyle Perspektif Syafiq Kyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739075231_tbSyafiqKylepelak.jpg)
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
![Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728283819_BenjaminNetanyahu.jpg)
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
![Cadangan denda Grab RM86.77 juta: MyCC mohon kebenaran rayu keputusan mahkamah Cadangan denda Grab RM86.77 juta: MyCC mohon kebenaran rayu keputusan mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623940715_Grab.jpg)
Cadangan denda Grab RM86.77 juta: MyCC mohon kebenaran rayu keputusan mahkamah
MyCC telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Grab dan dua anak syarikatnya memulakan semakan kehakiman.
![PKP 2.0: GrabFood beroperasi 7 pagi hingga 8 malam PKP 2.0: GrabFood beroperasi 7 pagi hingga 8 malam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71610449270_GrabFood.jpg)
PKP 2.0: GrabFood beroperasi 7 pagi hingga 8 malam
Grab akan menjamin gaji pemandu e-hailing diteruskan, meskipun permintaan bakal menurun pada tempoh PKP.
![Digitalisasi ekonomi ruang baharu PKS Digitalisasi ekonomi ruang baharu PKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41609410853_GrabFood.jpg)
Digitalisasi ekonomi ruang baharu PKS
Sebagai sebuah platform dalam talian dan penggerak teknologi di negara ini, Grab Malaysia terus menjadi medium membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik itu.
![Inisiatif baharu Grab fokus bantu perniagaan kecil pada bulan Ramadan Inisiatif baharu Grab fokus bantu perniagaan kecil pada bulan Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81586330624_mashupgrabfoodbazar.jpg)
Inisiatif baharu Grab fokus bantu perniagaan kecil pada bulan Ramadan
Grab menyenarai masuk lima buah pasar raya di sekitar Selangor ke dalam perkhidmatan Pasar by GrabMart yang akan beroperasi pada 24 April.
![Perkhidmatan penghantaran bantu pengusaha restoran, orang ramai Perkhidmatan penghantaran bantu pengusaha restoran, orang ramai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41584757644_grabfood.jpg)
Perkhidmatan penghantaran bantu pengusaha restoran, orang ramai
Permintaan tinggi terhadap perkhidmatan penghantaran makanan telah membantu perniagaan restoran berjalan lancar walaupun negara kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan.
![MyCC cadang Grab didenda RM86 juta akibat menindas MyCC cadang Grab didenda RM86 juta akibat menindas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51570079427_Grab.jpg)
MyCC cadang Grab didenda RM86 juta akibat menindas
MyCC bercadang untuk mengenakan denda berjumlah RM86,772,943.76 terhadap Grab serta penalti kewangan harian sebanyak RM15,000 sehari
![Isu ramai pemandu e-hailing gagal lesen PSV akan dijawab menteri Isu ramai pemandu e-hailing gagal lesen PSV akan dijawab menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71560753303_KLIATRANSIT.jpg)
Isu ramai pemandu e-hailing gagal lesen PSV akan dijawab menteri
Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA) bingung apabila dimaklumkan kadar kegagalan lulus peperiksaan Lesen Vokasional (PSV-Teksi/E-hailing) sangat tinggi.
![Ternampak mereka? Dua gadis pelajar SMK Assunta hilang sejak Ahad Ternampak mereka? Dua gadis pelajar SMK Assunta hilang sejak Ahad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81555312559_SHANTHITHESHAJA.jpg)
Ternampak mereka? Dua gadis pelajar SMK Assunta hilang sejak Ahad
Dua gadis remaja Natshatra Navanita, 15 tahun dan Divyaa Munian, 16 tahun hilang sejak Ahad lepas pada 11.40 malam.
![Dua warga Myanmar ditahan bantu kes bunuh pemandu Grab Dua warga Myanmar ditahan bantu kes bunuh pemandu Grab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51529801772_pemandugrab.jpg)
Dua warga Myanmar ditahan bantu kes bunuh pemandu Grab
Polis telah mengenal pasti identiti penumpang terakhir yang diambil mangsa dipercayai menggunakan perkhidmatan e-hailing GrabCar daripada pihak pengurusan perkhidmatan itu.
![Toyota labur USD1 bilion dalam Grab Toyota labur USD1 bilion dalam Grab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/71496813054_grab.jpg)
Toyota labur USD1 bilion dalam Grab
Toyota telah membuat penilaian terhadap Grab dan meletakkan nilainya pada jumlah USD10 bilion.