Kerajaan sedang berusaha untuk memastikan Modul Pencegahan Rasuah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dijadikan mata pelajaran wajib di semua universiti tempatan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, ketika ini, modul berkenaan telah digerakkan di peringkat sekolah dan IPT.
"Kita sudah mula buat dalam sekretariat kita di sekolah dan IPT. Salah satunya, alumni dan jawatankuasa yang ada sekarang ini, merupakan salah satu pendekatan untuk kita sebagai silibus tetap," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penutup Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) kali ke-6 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Buat masa ini katanya, modul berkenaan tidak melibatkan semua pelajar kerana ia masih belum dijadikan subjek wajib di universiti.
"Cadangan untuk mengadakan silibus program sebagai silibus yang tetap ini yang kita tengah bincangkan. Ada satu kursus di semua universiti dulu dipanggil Tamadun Islam," jelas beliau.
Dalam pada itu, Razali turut mendedahkan, kira-kira 55 peratus daripada 1,902 tangkapan rasuah adalah melibatkan golongan belia berusia dalam lingkungan umur 20 hingga 40 tahun sejak 2013 hingga 2016.
"Pada kita, jumlah ini adalah besar dan kita jayakan program (pencegahan rasuah) ini untuk memastikan perkara itu dapat kita kurangkan. Kes melibatkan kesalahan memberi dan menerima rasuah," katanya lagi.
Tegasnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan tetap mengambil tindakan ke atas mana-mana individu tanpa mengira kedudukan dan pangkat.
"Kes besar atau kecil, kita akan ambil tindakan. Jumlah itu besar jadi cara nak menyelesaikannya kita adalah kita dekati mereka (belia)," jelasnya.
Razali pada masa sama tidak melihat hukuman adalah jalan penyelesaian paling berkesan dalam menangani rasuah.
"Rasuah indikatornya adalah persepsi, pembudayaan nilai-nilai murni dan penolakan kepada rasuah ini adalah perkara lebih utama. SPRM ada beberapa bahagian iaitu pencegahan, pendidikan supaya satu hari nanti rakyat benci kepada rasuah ini," tegasnya.
Rahimah Abdullah
Mon Aug 08 2016

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, ketika ini, modul berkenaan telah digerakkan di peringkat sekolah dan IPT. - Gambar hiasan

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.

Kerajaan cadang jadikan Modul Pencegahan Rasuah IPT subjek wajib
Kerajaan sedang berusaha untuk memastikan Modul Pencegahan Rasuah di IPT dijadikan mata pelajaran wajib di semua universiti tempatan.