Kerajaan disaran meminda undang-undang berkaitan dadah dengan memberi kuasa kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan ujian air kencing terhadap pesalah bawah 18 tahun yang terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah.
Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata sudah tiba masanya undang-undang berkaitan dadah, khususnya melibatkan pesalah bawah umur disemak semula untuk menilai keberkesanannya dalam usaha menangani jenayah itu yang sehingga kini masih diletakkan sebagai musuh nombor satu negara.
"Saya sarankan, jika yang terlibat itu adalah kanak-kanak seperti dalam peruntukan Akta Kanak-Kanak, maka punca kuasa undang-undang hendaklah jelas iaitu jika tiada kebenaran ibu bapa, maka pegawai JKM hendaklah diberikan kuasa untuk menjalankan ujian air kencing terhadap mereka," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan mesyuarat Majlis Sosial Negara yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengkaji semula keberkesanan kempen pencegahan dadah dalam kalangan remaja dengan menjurus ke arah menangani punca-punca penagihan dari segi sosial.
Selain itu, mesyuarat itu turut memutuskan kaedah menangani penyalahgunaan dadah juga harus selaras dengan hasrat kerajaan untuk dikriminalisasi penagihan dadah, serta akan melibatkan kerjasama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Kamal Affandi berkata individu bawah umur yang disahkan mengalami ketagihan dadah tidak boleh ditempatkan di pusat pemulihan bersama-sama pesalah dewasa kerana mereka tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016.
"Kebajikan dan proses pelaksanaan pesalah bawah umur, ketika menjalankan ujian air kencing dan pemulihan dadah berbeza sama sekali," jelasnya yang turut menyokong hasrat kerajaan untuk mengkaji semula keberkesanan kempen pencegahan dadah dalam kalangan remaja kerana ia bertepatan dengan pemodenan sistem sosial negara.
Bagi Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye pula, strategi pencegahan yang komprehensif pada peringkat nasional sememangnya diperlukan dalam usaha menangani masalah penagihan dadah apabila hampir 50 peratus perlakuan jenayah di negara ini ada kaitan dengan dadah.
Katanya bagi membendung masalah penyalahgunaan dadah, adalah amat penting kerajaan membuat penilaian semula secara menyeluruh semua dasar, pendekatan, operasi dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah di samping setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan dalam pembentukan sosial komuniti.
"Sebuah jawatankuasa perlu ditubuh untuk membantu mengkaji semula dasar serta pendekatan yang ada dan memperkenalkan 'polisi baharu dadah yang rasional' yang mampu menangani masalah dadah secara efektif dan komprehensif.
"Satu analisis menyeluruh mengenai kegagalan pelbagai program dan inisiatif untuk menangani isu dadah yang selama ini hanya memberi tumpuan kepada penangkapan dan menghukum penagih juga perlu dilakukan," katanya.
Dalam pada itu, Lee menyokong keputusan kerajaan untuk mendikriminalisasi (tidak menjenayahkan) penagih dadah kerana mereka tidak seharusnya dilihat sebagai penjenayah tetapi pesakit yang perlu dirawat dan dipulihkan.
Namun begitu jelasnya, langkah itu bukanlah bermakna kerajaan ingin menggalakkan penyalahgunaan dadah kerana pengedaran dadah akan kekal sebagai jenayah.
"Walaupun masalah dadah di Malaysia belum mencapai tahap negara-negara lain seperti Colombia, ia bakal menuju keadaan tersebut jika tiada langkah drastik diambil untuk mengatasinya," jelasnya yang mengatakan Malaysia telah gagal dalam usaha memerangi dadah selama ini berikutan jumlah penagih yang masih meningkat.
Sementara itu, menurut statistik di laman sesawang Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), bilangan penagih yang dikesan mengikut status kes yang dilaporkan pada 2018 menurun sebanyak lima peratus atau 17,474 kes baharu berbanding 18,440 kes pada 2017.
Rekod bagi kes berulang pada tahun lepas pula meningkat sebanyak empat peratus iaitu kepada 7,793 berbanding 7,482 pada 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 24 2019

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi berkata sudah tiba masanya undang-undang berkaitan dadah melibatkan pesalah bawah umur dilihat semula. - Gambar hiasan

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Rogol kekasih, Ronaldo diarah jalani khidmat masyarakat 240 jam
Seorang pelajar kolej diarah menjalani hukuman khidmat masyarakat atas pertuduhan merogol teman wanitanya yang bawah umur.

Pekerja kontrak mengaku rogol gadis bawah umur tiga kali
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol seorang perempuan berusia 16 tahun di dalam sebuah bilik hotel di Medan Pengkalan Impian.

Atlet OKU didakwa rogol remaja bawah umur
Seorang atlet Orang Kurang Upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan bawah umur, tahun lepas.

Pesawah didakwa 10 tuduhan rogol, liwat anak jiran
Seorang pesawah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 10 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga anak jirannya, bulan ini.

Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel

Lelaki dipenjara 36 tahun, 40 sebatan rogol anak saudara bawah umur
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 40 sebatan ke atas seorang lelaki atas kesalahan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya berusia 14 tahun

Keputusan benarkan jurulatih para renang kembali bertugas tepat - MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menegaskan keputusan membenarkan jurulatih para negara yang terkait dakwaan kes salah laku seksual kembali bertugas, adalah tepat selepas melalui proses siasatan menyeluruh s

Pusat Racun Negara USM terima 111 kes keracunan akibat pendedahan rokok elektronik
Sebanyak 111 kes berhubung pendedahan keracunan berkaitan rokok elektronik dan cecairnya telah dirujuk ke pusat panggilan PRN USM sejak 2015 hingga tahun lepas.

Budaya jual vape tanpa kira umur sukarkan usaha kawal jual beli
Budaya peniaga yang menjual produk merokok, seperti rokok elektronik atau vape kepada pembeli tanpa mengira umur, menyukarkan usaha kerajaan untuk mengawal penjualan dan pembelian.

Empat pemain remaja Real Madrid ditahan, disyaki edar video seks bawah umur
Polis Sepanyol telah mengesahkan penahanan empat pemain Real Madrid atas dakwaan berhubung video seks bawah umur.