Dari jauh, kelihatan seorang lelaki berusia lewat 40-an sedang asyik memandikan beberapa ekor lembu di sebuah kandang kecil yang terletak di Kampung Sungai Badau, Krubong.
Sesekali Bahari Said, 48, menjerit 'baaaaa...,baaaa..baaa' memberi arahan agar haiwan ternakannya itu bergerak ke kanan bagi membolehkannya membersihkan lantai di kandang yang hanya mampu memuatkan antara lima hingga tujuh ekor lembu sahaja.
"Masalah sukar mendapat rumput dan harga makanan lembu yang tidak menentu adalah perkara utama yang dihadapi penternak lembu kecil-kecilan seperti saya. Jika kerajaan bercadang untuk memperkenalkan bantuan baka lembu secara percuma, ia ibarat 'durian runtuh' bagi kami.
"Dengan modal yang sedikit, sukar bagi saya untuk tambah bilangan lembu, untung yang diperoleh hanya cukup-cukup dijadikan modal pusingan," katanya kepada Bernama di sini.
Bahari berkata demikian apabila ditanya tentang hasrat kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memperkenalkan Skim Rezeki Ternak pada tahun depan bagi menarik lebih ramai penternak baharu sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada daging import.
Sambil menyambut baik usaha kerajaan itu kerana dapat membantu penternak kecil mengembangkan lagi perusahaan mereka yang tidak seberapa, dia berhasrat untuk memajukan lagi penternakan lembunya jika terpilih, tambahan pula dia telah mempunyai kandang lembu sendiri.
"Kalau ingin harapkan modal sendiri dengan keadaan ekonomi hari ini, hanya ini yang mampu saya lakukan... bela dua atau tiga ekor lembu sahaja," katanya.
Turut berkongsi pendapat yang sama, Ramlan Ismail, 44, berharap pihak yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan skim tersebut dapat melakukan agihan secara telus dan hanya memilih peserta yang berkelayakan sahaja.
"Saya yakin kerajaan mampu membaiki kelemahan yang ada pada sistem sebelum ini dan peserta yang dipilih nanti perlu amanah dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan skim ini," katanya.
Sementara itu, penternak lembu, Zulkifli Omar, 31 dari Melaka Pindah, Alor Gajah berkata pihak berwajib yang diberi kepercayaan untuk menjalankan usaha ini perlu membuat tapisan dengan teliti agar hanya mereka yang benar-benar layak sahaja dipilih untuk menerima bantuan itu.
"Bagi saya ini satu usaha yang baik, namun peserta yang dipilih perlulah daripada mereka yang berminat dengan penternak lembu dan tidak hanya berminat untuk dapat lembu secara percuma dan mengambil kesempatan daripadanya," katanya yang mentenak lebih 70 ekor lembu yang diusahakan bersama dua orang rakan kongsinya.
Katanya sekiranya pemilihan dilakukan secara tepat, hasil daripada usaha ini turut dapat membantu penternak lain mengembangkan perusahan mereka ke skala yang lebih besar.
"Saya cadangkan agar pihak berkenaan melakukan pemeriksaan terhadap pemohon sama ada mempunyai kandang sendiri, tanah serta mempunyai minat terhadap bidang ini sebelum dipilih untuk menyertai skim ini," katanya yang mempunyai pengalaman lebih 12 tahun dalam penternakan lembu.
Zulkifli turut mencadangkan agar kerajaan mempelbagaikan bantuan kepada penternak lembu, antaranya dari segi nasihat kesihatan dan penggunaan teknologi baharu agar mereka dapat bertahan lama dalam industri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 30 2019
Zulkifli melihat lembu-lembu dalam kandang peliharaannya di Melaka Pindah di Alor Gajah, 29 Sept, 2019. -- fotoBERNAMA
Jumlah mangsa banjir meningkat sedikit di Johor, tiga negeri kekal
Jumlah mangsa banjir di Johor sedikit meningkat pagi ini berbanding malam tadi manakala situasi di Perak, Pahang dan Sarawak tidak berubah.
Bursa Malaysia meningkat semula didorong momentum belian berterusan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.60 mata kepada 1,580.06 daripada 1,576.46 semalam.
Prince Court hospital swasta pertama di Malaysia berjaya lakukan prosedur ESG
Endoscopic Sleeve Gastroplasty (ESG) merupakan rawatan baharu inovatif untuk masalah obesiti.
Lokasi proses air ketum diserbu, dua ditahan
PGA menahan dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 23 tahun bagi membantu siasatan.
Presiden ICJ Nawaf Salam letak jawatan, galas jawatan PM Lubnan
Salam secara rasmi meletak jawatan sebagai anggota mahkamah itu berkuat kuasa serta-merta.
Kerana ‘Brad Pitt,’ wanita Perancis kemurungan, bercerai dan wang RM3.85 juta lesap
Scammer reka cerita Brad Pitt terdesak perlukan wang untuk rawatan buah pinggang, wang simpanannya dibekukan susulan kes cerai dengan Angelina Jolie.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang AS itu merosot.
Penjagaan kesihatan: Sistem Malaysia boleh runtuh jika semua tidak bekerjasama
Menurut laporan rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi 2023 inflasi kos perubatan direkodkan pada tahap 12.6 peratus, bagaimana peruntukan tambahan boleh memperbaiki akses dan kualiti penjagaan kesihatan awam dan adakah ia mencukupi untuk menangani kekurangan kritikal dalam tenaga kerja perubatan? Kupasan lanjut bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre for Health and Social Policy, Azrul Mohd Khalib.
Presiden Korea Selatan ditahan atas tuduhan hasutan
Yoon menyatakan bahawa dia menyerahkan diri untuk disoal siasat bagi mengelakkan sebarang keganasan.
Kepimpinan dalam Fintech: Evolusi dan Cabaran Terkini
Ketahui bagaimana landskap kepimpinan dalam Fintech sedang berkembang pesat dengan penekanan kuat pada etika dan keaslian. Pelajari bagaimana FIDE Forum menyokong kepimpinan Fintech melalui peningkatan kesedaran, penambahbaikan tadbir urus, kolaborasi, dan peluang pembelajaran berterusan.
Warga emas dilapor hilang ditemukan lemas di Sungai Pengkalan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menghadapi kesukaran kerana arus sungai deras.
Pekerja kontraktor TNB maut dirempuh pemandu mabuk
Muhammad Syairazi yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ajal pulang kerja, pemuda maut dihempap pokok tumbang
Seorang pekerja kilang yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut selepas motosikal ditunggangnya dihempap pokok tumbang di Alor Gajah.
'Al-Fateh tunggu 'mommy' di syurga ya'
Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri yang berusia lapan bulan meninggal dunia ketika berada dalam jagaan pengasuh di sebuah Taska di Alor Gajah.
Bayi lapan bulan maut, taska tidak berdaftar dengan JKM
Taska di Taman Kelemak Utama yang menjadi lokasi seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dipercayai ditekup dengan bantal disahkan tidak berdaftar dengan JKM.
Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Alor Gajah
PPS di Balai Raya Bukit Balai dibuka pada 11.30 malam tadi, menempatkan mangsa dari Kampung Bukit Balai dan Kampung Bukit Tambun.
Enam ekor lembu mati dilanggar treler
Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di Alor Gajah pagi tadi.
Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan
Kereta Proton Saga yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.