Kerajaan negeri Johor menafikan bertindak kejam terhadap ketua-ketua kampung yang ditamatkan perkhidmatan kerana ia merupakan salah satu langkah penstrukturan semula pentadbiran di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata malahan, kesemua mereka yang berkelayakan dan berkebolehan boleh memohon bagi lantikan semula sekiranya memenuhi kriteria .
"Kita juga terbuka dan pegawai daerah sendiri akan 'menemu duga' mereka bersama panel-panel yang lain dan bukannya saya.
"Kita tengok kalau benda baik, orang baik, buat apa kita bazirkan. Dia boleh mohon dan kita boleh ambil, kalau dia kata dia tidak layak, maknanya dia tahu diri dia," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan di Masjid As Solehin, Kempas, di sini, pada Sabtu.
Osman berkata walaupun kesemua mereka ditamatkan perkhidmatan, pemberian elaun tetap akan diteruskan iaitu sebanyak RM1,000 seorang sehingga lantikan ketua kampung yang baharu.
"Jadi, tiada isu menyatakan soal kekejaman berlaku pada kerajaan yang ada ini. Janganlah menuduh sebarangan untuk menimbulkan kemarahan rakyat," katanya.
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kempas mengulas mengenai kenyataan yang mendakwa kerajaan negeri bertindak kejam dengan menamatkan kontrak 1,700 ketua kampung di negeri ini.
Terdahulu, sebanyak 200 kotak berisi barang makanan disampaikan kepada pesara Askar Timbalan Setia Negeri, ibu tunggal dan asnaf untuk penduduk sekitar Kempas.
Sumbangan disalur menerusi Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
--BERNAMA
Bernama
Sat Jun 02 2018

Osman (tiga, kiri) bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub (empat, kiri) menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak dari kawasan Tampoi di Masjid As-Solihin Tampoi, Johor Bahru, 2 Jun, 2018. --fotoBERNAMA

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Seorang Ahli Parlimen layak menerima elaun tetap sebanyak RM25,700 sebulan, selain elaun dan tuntutan lain yang ditetapkan mengikut kelayakan, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Mindef tidak bercadang perkenal model elaun kepada PLKN 3.0
Mindef tidak bercadang untuk memperkenalkan model elaun kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dijadual bermula 12 Jan depan.

Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.

Pulau Pinang peruntuk hampir RM13 juta bayar elaun MPKK
Mohamad berkata Pengerusi MPKK menerima elaun RM700 sebulan, Setiausaha diberikan RM600 manakala Bendahari dibayar RM300.

PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.

Yang Dipertua Dewan Rakyat cari jalan tangani ketidakhadiran Ahli Parlimen
Ia termasuk memotong elaun Ahli Parlimen jika mereka terus tidak hadir ketika sesi sidang Parlimen.

188 hafiz, hafizah cemerlang di Melaka akan terima elaun keseluruhan RM402,600 setahun
Pemberian elaun itu antara program bermanfaat yang dilaksanakan MAIM menerusi baki RM1.2 juta hasil kutipan fidyah pada tahun lepas.

Elaun pelajar tajaan JPA dalam negara ditambah RM100 sebulan - PM Anwar
Keputusan itu mengambil kira kos sara hidup yang tinggi, sekali gus membebankan golongan mahasiswa.

Laporan dakwaan pelajar pelatih tidak dibayar elaun sedang diteliti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau sedang menunggu laporan berkaitan dakwaan terdapat pelajar pelatih yang tidak dibayar elaun ketika menjalani tempoh latihan industri.

Belgium akan beri elaun kepada pekerja yang berbasikal ke tempat kerja
Bayaran elaun itu adalah sebahagian daripada perjanjian yang dibuat oleh firma sektor swasta dan kesatuan sekerja pada Januari.