Kementerian Kewangan sedang menjalankan kajian terperinci berhubung cadangan pengenaan cukai ke atas syarikat teknologi gergasi dan media sosial seperti Google serta Facebook (FB).
Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kajian itu bertujuan untuk melihat keperluan serta mekanisme dan model pencukaian yang terbaik.
"Ia juga bagi memantau kajian menyeluruh ke atas percukaian perniagaan dalam talian yang sedang dibuat oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD)," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini, terdapat cadangan supaya cukai dikenakan ke atas Google dan FB yang mana kedua-dua syarikat berkenaan dikatakan mengawal hampir 70 peratus daripada perbelanjaan iklan digital di Malaysia.
Cadangan tersebut diutarakan pada sesi perbincangan makan tengah hari antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Ketua-Ketua Pengarang dan pemegang Permit Penerbitan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.
Dalam pada itu, Johari menegaskan persepsi bahawa rakyat tidak merasai pertumbuhan ekonomi negara adalah tidak benar, kerana pelbagai kesan telah dicatatkan seperti kenaikan gaji, penambahan peluang pekerjaan dan perbelanjaan di luar negara.
Beliau berkata berdasarkan data Jabatan Perangkaan Negara pada 2017, kadar gaji dalam sektor perkhidmatan meningkat sebanyak 5.4 peratus sementara sektor pembuatan sebanyak 8.6 peratus.
"Dari segi sektor pekerjaan, kalau ekonomi tidak berkembang, kita tidak akan dapat menambah peluang pekerjaan dan sejak tiga tahun lepas, kerajaan telah mencatatkan pertambahan 1.1 juta pekerjaan," katanya.
Katanya, perbelanjaan rakyat di luar negara juga telah mencecah sehingga RM46 bilion, selain peningkatan cawangan peruncitan daripada 66,000 kepada 73,000 kedai runcit pada 2017, menunjukkan kesan positif perkembangan ekonomi terhadap rakyat negara ini.
"Kita tidak nafikan ada sebahagian rakyat yang ketinggalan dalam pembangunan negara, namun disinilah peranan kerajaan dalam memberikan bantuan secara spesifik kepada rakyat yang memerlukan," katanya.
Dalam pada itu, Johari berkata kedudukan jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Disember 2017 ialah RM686.8 bilion atau 50.8 peratus, kekal di bawah paras 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Dalam perkembangan lain, Johari berkata seramai 90,599 orang telah mencarum di bawah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M) setakat Disember 2017 dengan 17,298 daripadanya terdiri daripada suri rumah.
"Pada masa sekarang, suri rumah boleh memilih untuk mencarum secara sukarela di bawah SP1M dengan caruman minimum sebanyak RM50, dan maksimum RM60,000 setahun," katanya.
Katanya, pencarum SP1M juga boleh menikmati sumbangan kerajaan sebanyak 15 peratus, tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun.
SP1M telah direka bagi membolehkan individu yang bekerja sendiri atau tanpa pendapatan bulanan yang tetap, seperti pemandu teksi, peniaga kecil, petani, suri rumah dan mereka yang bekerja dengan bebas, termasuk rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, membuat simpanan kepada danapersaraan yang diuruskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 19 2018
Kajian itu bertujuan untuk melihat keperluan serta mekanisme dan model pencukaian yang terbaik.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Usulkan undi percaya, pasti Belanjawan akan lulus - Johari
Johari berpandangan bahawa kebanyakan ahli Parlimen mempertikaikan keyakinan kerajaan dan bukan semata-mata mempolitikkan belanjawan.
Gaya hidup pemimpin UMNO yang mewah punca kekalahan BN - Ahmad Said
Gaya hidup pemimpin UMNO yang mewah dan terlalu elit itu menyebabkan mereka terpisah dari masyarakat.
Kerajaan kaji cukai ke atas Google dan Facebook
Kementerian Kewangan sedang menjalankan kajian terperinci berhubung cadangan pengenaan cukai ke atas syarikat teknologi gergasi dan media sosial seperti Google dan Facebook (FB).
Celik kewangan penting elak jadi mangsa penipuan
Membina keupayaan dan kecelikan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah penting untuk mengelak lebih ramai menjadi mangsa penipuan melibatkan pelaburan haram.
LHDN, Kastam meterai MoU kongsi maklumat cukai
Kerjasama di bawah Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) itu, menerusi satu memorandum persefahaman, mampu meningkatkan kecekapan kutipan cukai di negara ini.
Isu BR1M-SSM: Menteri jamin tiada tercicir terima bantuan
Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberi jaminan pemohon yang layak untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak akan tercicir daripada menerima bantuan itu.
Harga siling bahan bakar diumum setiap minggu mulai April
Harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai April ini bagi memastikan pengguna mengetahuinya serta mengelak daripada berlaku keraguan.
Lebih 8.2 juta permohonan BR1M diterima sehingga 14 Februari
Sebanyak 8,277,391 permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2017 diterima sehingga 14 Februari lalu, ujar Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Tiada keperluan kurangkan jumlah penjawat awam KSN
Jumlah kakitangan kerajaan sedia ada cukup, tidak lebih dan tidak kurang menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.