Kerajaan akan mengkaji proses ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik berkata kerajaan mengambil kira kebimbangan yang dilontarkan di peringkat akar umbi memandangkan konvensyen itu akan menyentuh mengenai keseluruhan kaum di Malaysia.
"Kita cuba untuk melihat kesesuaian ICERD di negara kita namun dalam masa yang sama, ia perlu dikaji dan dilakukan perbincangan secara mendalam kerana kita masyarakat berbilang kaum dan majmuk," katanya ketika ditemui di Projek Jalinan Kasih parlimen Kota Bharu di sini, hari ini.
Seramai 30 asnaf menerima sumbangan pada majlis yang turut dihadiri Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kota Bharu Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
Md Rafik berkata pihaknya juga mengadakan dialog baru-baru ini sebagai salah satu langkah untuk mengkaji proses ratifikasi konvenseyn berkenaan.
Isnin lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipetik sebagai berkata Kabinet belum membincangkan secara terperinci proses ratifikasi ICERD dan akan berbuat demikian dalam masa terdekat.
Bernama
Fri Nov 09 2018
Isnin lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipetik sebagai berkata Kabinet belum membincangkan secara terperinci proses ratifikasi ICERD dan akan berbuat demikian dalam masa terdekat. - Gambar fail
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Kalimah Allah: Ummah Malaysia mahu adakan bantahan besar-besaran jika isu tidak diatasi
Beberapa siri bantahan secara besar-besaran bakal diadakan sekiranya isu penggunaan kalimah Allah tidak diatasi dengan sebaiknya oleh kerajaan, kata Presiden Ummah Malaysia, Mohd Zai Mustafa.
Kerajaan harus berhati-hati, elak khilaf politik ketika laksana agenda pembaharuan - PM
Kerajaan harus berhati-hati bagi mengelak daripada melakukan 'kesilapan politik' dalam melaksanakan agenda pembaharuan berkaitan isu hak asasi manusia.
'Video lama, ditularkan semula' - Acryl Sani
Dalam video tular itu, ucapan lelaki berkenaan menyatakan sebuah perhimpunan akan diadakan pada 8 Disember.
Serang institusi diraja tidak akan selesai masalah - TMJ
Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menyerang institusi diraja bukan Langkah yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu isu.
ICERD: Saya bukan menteri bertanggungjawab - Saifuddin Abdullah
ICERD terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan dan pernah diucapkan Dr Mahathir di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2018.
Muafakat Nasional: UMNO jangan hantar signal keliru kepada Pas - Tengku Putra
Kepimpinan UMNO diminta tidak menghantar signal mengelirukan kepada Pas yang telah membuktikan kesetiaan mereka kepada perjuangan Muafakat Nasional (MN) selama ini.
ICERD, Statut Rom bercanggah dengan Perlembagaan - Sultan Johor
Titah baginda, tindakan tersebut menyentuh kuasa Raja-Raja, keistimewaan orang Melayu dan kemuliaan agama Islam di negara ini.
Setiap industri harus tetapkan 'kuota kaum'
Presiden PCORE, Datuk Halimah Mohd Said berkata ini perlu bagi menjadikan semua industri lebih terangkum.
Isu ICERD: 'Sekurang-kurangnya kita tinggal dunia lebih baik untuk anak cucu'
Dr Anjhula dari Amnesty International berkata Malaysia berada di landasan yang betul dari segi pengiktirafan hak asasi manusia.
ICERD: SUHAKAM sombong, angkuh - UMMAH
Pengerusi UMMAH templak kenyataan SUHAKAM mahu teruskan tekanan kepada kerajaan mengenai ICERD.