Belanjawan 2019 menunjukkan kekurangan langkah pendapatan yang mampan dicadangkan untuk menangani pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), menurut Standard Chartered (StanChart).
Katanya rasionalisasi perbelanjaan dan memanfaatkan aset (misalnya, kerajaan berharap untuk meraih RM4 bilion daripada penjualan 30 peratus ekuiti Amanah Pelaburan Hartanah bagi Lapangan Terbang yang kerajaan bercadang untuk mewujudkannya) merupakan langkah jangka pendek.
Dalam tempoh terdekat, kerajaan mungkin masih perlu mencari langkah pendapatan baharu untuk menangani pemansuhan GST, selain meningkatkan pematuhan cukai, katanya dalam nota Penyelidikan Global "on the ground" hari ini ketika mengulas cadangan dalam Belanjawan 2019 yang diumumkan semalam.
Kebergantungan kepada minyak juga terbukti terdedah kepada perubahan dalam pasaran komoditi global manakala langkah-langkah baharu lain dalam Belanjawan 2019 seperti cukai keuntungan hartanah yang lebih tinggi dan cukai gula hanya memberikan sedikit sokongan kepada pendapatan, katanya.
Bagaimanapun, menggembirakan apabila kerajaan menyatakan dalam rangka kerja fiskal jangka sederhana bahawa pendapatan bukan petroleum masih dijangka kekal sebagai sumber pendapatan terbesar, katanya.
Menurut StanChart, kerajaan baharu telah mengekalkan langkah konsolidasi fiskal selain ketelusan lembaran imbangan fiskal yang meningkat, dengan penyelesaian bayaran balik cukai pendapatan dan GST, adalah positif.
Bagi pembaharuan fiskal, antaranya, kerajaan akan mewujudkan Pejabat Pengurusan Hutang untuk menyemak dan menguruskan hutang dan liabiliti kerajaan manakala Akta Kebertanggungjawaban Fiskal akan dicadangkan pada 2021 untuk mengelak perbelanjaan tidak terkawal.
Dalam pada itu, konsolidasi fiskal yang perlahan boleh menambah risiko tindakan penarafan negatif berikutan kerajaan baharu berhasrat untuk mengurangkan defisit fiskalnya kepada 3.0 peratus menjelang 2020.
Anggaran defisit fiskal 2018 sebanyak 3.7 peratus dan unjuran defisit fiskal 2019 sebanyak 3.4 peratus lebih tinggi berbanding unjuran kerajaan sebelum ini.
"Kami fikir konsolidasi fiskal yang lebih perlahan daripada jangkaan meningkatkan risiko tindakan penarafan negatif terutamanya kepada Moody's (A3 stabil) dan penarafan Fitch (A- stabil).
"Agensi ini menjangka Malaysia akan mengekalkan trend konsolidasi fiskal walaupun pengurangan pendapatan daripada langkah menggantikan GST dengan SST," katanya.
Bagi forex, StanChart berkata pengumuman belanjawan dijangka tidak menjadi pemacu positif kepada ringgit.
Aliran masuk portfolio terus rendah untuk tempoh beberapa bulan menjelang pengumuman belanjawan berikutan pelabur asing memilih untuk menunggu dasar yang lebih jelas daripada pentadbiran baharu.
"Bagaimanapun, dengan sasaran defisit fiskal yang lebih luas daripada jangkaan dan risiko tindakan penarafan negatif, kami fikir tidak mungkin aliran masuk portfolio akan meningkat melainkan sentimen risiko yang lebih luas berubah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 03 2018
StanChart menjangka Malaysia akan mengekalkan trend konsolidasi fiskal walaupun pengurangan pendapatan daripada langkah menggantikan GST dengan SST.
RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan
Ia termasuk projek menaik taraf Jambatan Patau-Patau 1, pembinaan sel pelupusan sisa sanitari dan penambahbaikan loji rawatan air larut resap.
JMM giat laksana inisiatif bawa pulang artifak sejarah negara berada di luar negara
Pelbagai koleksi seperti dokumen sejarah, manuskrip, bahan arkeologi termasuk rangka manusia purba, dikenal pasti berada di luar negara.
KPKM usaha pastikan bekalan beras sentiasa ada di pasaran
Mohamad berkata ketika ini bekalan beras putih tempatan adalah sebanyak 56 peratus, dan dijangka mencukupi.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Perkukuh hubungan diplomatik 65 tahun, perdagangan
Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil yang berlangsung dari 16-19 Nov bakal mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang telah terjalin selama 65 tahun selain dapat meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan.
Bot nelayan Vietnam ditahan, ceroboh perairan negara
Bot itu ditahan dalam operasi Op Naga Barat pada 2 petang Jumaat di kedudukan 157 batu nautika dari Kuala Terengganu.
Malaysia-New Zealand sepakat tingkat perdagangan, pelaburan 50 peratus
Malaysia dan New Zealand sepakat untuk melonjakkan hubungan dua hala menerusi kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya dalam meningkatkan nilai perdagangan dan pelaburan kepada 50 peratus pada tahun 2030.
Pindaan Akta Mesin Cetak: NUJM, CIJ dan GERAMM tuntut penjelasan KDN
NUJM, CIJ dan GERAMM berkata, mereka memandang serius perkembangan tersebut kerana ia dikhuatiri akan memberi impak besar kepada organisasi dan petugas media serta mengugat kebebasan media di Malaysia.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 November 2024.
Malaysia perlu pembaharuan untuk pastikan orang ramai sertai proses belanjawan - IDEAS
Malaysia memerlukan pembaharuan institusi untuk memastikan penyertaan awam yang mampan, pengawasan dan amalan ketelusan dalam proses belanjawan.
Pembubaran Parlimen 1999 boleh berulang jika kurang sokongan kepada kerajaan - Penganalisis
Pembubaran Parlimen pada 1999 ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad boleh berulang jika kerajaan tidak mempunyai sokongan terhadap Belanjawan 2021.
Usulkan undi percaya, pasti Belanjawan akan lulus - Johari
Johari berpandangan bahawa kebanyakan ahli Parlimen mempertikaikan keyakinan kerajaan dan bukan semata-mata mempolitikkan belanjawan.
DUN Kelantan luluskan kenaikan gaji ADUN, Exco
Kesemua barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Kelantan termasuk Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bakal memperolehi pembayaran kenaikan gaji pokok.
Belanjawan 2021: Selangor harap aeroangkasa, jalur lebar jadi tumpuan
Kerajaan Selangor berharap sektor aeroangkasa, infrastruktur jalur lebar dan pembinaan hospital baharu antara tumpuan Belanjawan 2021.
Muda senaraikan 10 cadangan untuk Belanjawan 2021
Lanjutkan moratorium sehingga Jun 2021, bonus dua bulan untuk pekerja barisan hadapan dan skim 1 Keluarga 1 Laptop, antara cadangan disuarakan.
Belanjawan 2021 disifatkan sebagai 'ibu segala bajet', perlu berpihak kepada rakyat
Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada minggu depan disifatkan sebagai 'ibu segala bajet'.
Belanjawan 2021: Kerajaan dijangka kurangkan perbelanjaan - Ahli ekonomi
Kemerosotan KDNK kebanyakannya disebabkan kepada sekatan perdagangan komoditi terhadap ekonomi Malaysia yang dipacu oleh eksport.
Kuwait dijangka tidak mampu bayar gaji penjawat awam selepas November
Negara teluk yang kaya dengan hasil minyaknya, Kuwait bakal menghadapi kesukaran membayar gaji penjawat awam selepas November depan.
Belanjawan 2021 akan perkukuh belia - Tengku Zafrul
Kerajaan akan meningkatkan usaha untuk memperkukuh golongan belia supaya lebih berjaya termasuk dari segi pendidikan menerusi Belanjawan 2021.