Kerajaan menafikan dakwaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengatakan kerajaan baharu menggunakan peralatan khas untuk mengintip dan mengumpul data rakyat Malaysia.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman turut menafikan kenyataan Tunku Ismail yang mendakwa keluarga Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut diintip dan ‘diperhatikan’.
"Setahu saya tiada arahan seumpama itu keluar, sama ada daripada kepimpinan kerajaan atau mana-mana pihak termasuk kepimpinan Pakatan Harapan (PH). Tidak ada.
"Jika Tunku Mahkota Johor ada bukti wujudnya intipan seumpama itu, saya harap beliau beri maklumat tersebut kepada kita dan polis,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Azis berkata, kerajaan sedia menyiasat perkara itu jika benar wujudnya pengintipan sebegitu di Malaysia.
"Kerajaan menafikan dan jika benar Tunku Mahkota Johor ada maklumat perkara tersebut, kami minta beliau maklumkan kepada kami," katanya.
Pada Sabtu, Tunku Ismail menulis di Facebook, baginda telah dihampiri oleh seorang individu untuk membeli sebuah peralatan buatan Israel yang turut dimiliki kerajaan.
Menurutnya, peralatan itu digunakan untuk pengintipan serta mengumpul data, malah teknologi tersebut diguna pakai sebelum pilihan raya untuk membantu dalam perang siber.
Mengulas perkara itu, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, setakat jam 8 malam tadi, pihaknya tidak menerima sebarang laporan dibuat Istana Johor berhubung perkara berkenaan.
Sinar Harian
Mon Sep 10 2018

Pada Sabtu, Tunku Ismail menulis di Facebook, baginda telah dihampiri oleh seorang individu untuk membeli sebuah peralatan buatan Israel yang turut dimiliki kerajaan. - Gambar fail

Warga emas muat naik hantaran bersifat palsu dipenjara enam bulan - MCMC
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas gagal membayar denda RM30,000 atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong.

KPM tingkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan murid
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mempertingkatkan aspek pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan murid dengan menggunakan modul serta kurikulum sedia ada.

Kementerian Pengangkutan sokong usaha Ocean Infinity cari semula MH370 di Lautan Hindi
Kementerian Pengangkutan menyatakan sokongan penuh terhadap langkah proaktif Ocean Infinity dalam menggerakkan kapal sokongan laut dalam di Lautan Hindi bagi meneruskan pencarian MH370.

AI adalah alat, bukan ancaman terhadap peranan media - Teo
Industri media di Malaysia perlu melihat Kecerdasan Buatan (AI) bukan sebagai ancaman, tetapi sebagai alat untuk melengkapi peranannya sebagai sumber utama maklumat kepada masyarakat.

Pencarian terbaru Ocean Infinity untuk MH370: Keluarga ikuti melalui laman web khas
Keluarga penumpang MH370, yang hilang dalam perjalanan ke Beijing hampir 11 tahun lepas, kini mengikuti pencarian terbaru bagi kehilangan misteri tersebut melalui laman web khas.

KPWKM terus perjuang pemerkasaan wanita mengikut lunas perundangan - Noraini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus memperjuangkan pemerkasaan wanita mengikut lunas perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kesedaran mencarum SKSSR di Kelantan masih rendah - Perkeso
Tahap kesedaran rakyat negeri ini untuk mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) masih lagi rendah, kata Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.

Sasaran tanam semula sawit masih ketinggalan, kerajaan pertingkat usaha - Johari
Kemajuan dalam penanaman semula sawit masih ketinggalan, dengan Malaysia hanya berjaya menanam semula 114,000 hektar atau 2.0 peratus daripada jumlah kawasan bertanam pada 2024.
Tumpuan Rabu – 26 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerajaan nafi dakwaan TMJ keluarga Sultan Johor 'diperhatikan'
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman turut menafikan kenyataan Tunku Ismail yang mendakwa keluarga Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut diintip dan 'diperhatikan'.