Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan segera menafikan dakwaan pembelian jet peribadi untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya dalam catatan terbaharu di laman Twitter, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan mahu khabar angin itu dinafikan segera sebelum ia menjadi fakta dan diperkatakan masyarakat.

"Jika jet baru kerajaan ini tidak ada, nafikan segera sebelum khabar angin menjadi kenyataan, penjelasan segera diperlukan," katanya di laman berkenaan.




Pada Isnin, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan pembelian sebuah jet peribadi baru bagi kegunaan Najib.

Sidang media oleh Rafizi Ramli

Di dalam sebuah portal, Rafizi mendakwa, jet yang dianugerahkan secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd. itu merupakan jet peribadi baru yang didaftarkan di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia.

Rafizi turut mendakwa, dalam kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 telah memaklumkan kerajaan memiliki lima jet peribadi termasuklah Boeing Business Jet.